Page 26 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 26

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Pemindahan Maklumat

         Praktis    6
         Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan   Info
         tentang  kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar. Panjangnya ringkasan anda                  Pencemaran
         hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan               Alam Sekitar
         ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


           Pencemaran alam sekitar memberikan implikasi yang buruk terhadap alam dan kehidupannya. Pencemaran
           memberikan kesan langsung kepada tumbuh-tumbuhan akibat perubahan cuaca dan gangguan kesuburan
           tanah. Hal ini menyebabkan kekurangan makanan dan sebahagian daripada kegiatan penduduk yang
           terlibat dengan pertanian akan terjejas. Pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat
           haiwan dan menyebabkan kematian. Jika hal sedemikian berterusan dalam jangka yang masa panjang,
           haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.
                Fenomena penipisan lapisan  ozon juga sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Pembebasan
           gas karbon dioksida dan gas klorofluorokarbon (CFC) oleh alat penyembur dan alat penyaman udara akan
           menipiskan lapisan ozon. Sinaran ultralembayung yang sampai ke bumi akan memberikan kesan buruk
           kepada manusia seperti masalah kanser kulit, demam, dan penyakit mata. Selain itu, kepanasan yang
           melampau akan mencairkan lapisan ais di kutub utara dan kutub selatan. Peningkatan aras laut akan berlaku
           yang akan menenggelamkan kawasan-kawasan petempatan yang rendah.

                Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon  menjadi punca kepada pemanasan global yang dirasai
           oleh penduduk bumi. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
           dan akhirnya suhu di bumi meningkat. Kebakaran hutan yang berlaku dapat memberikan kesan kepada
           peningkatan suhu bumi. Antara fenomena yang dikaitkan dengan pemanasan global ialah banjir besar yang
           dapat mengorbankan banyak nyawa. Usaha-usaha menangani pemanasan              Bestari Kata
           global  ini  harus  dilakukan  dengan  mengharamkan  penggunaan  produk-
           produk yang menyebabkan penipisan lapisan ozon, sebaliknya menggunakan    •  habitat – tempat haiwan dan
                                                                                      tumbuh-tumbuhan hidup
           produk yang lebih mesra alam.                                              secara semula jadi
                Semua harus memainkan peranan menjaga alam sekitar daripada          •  ozon – bentuk gas oksigen
                                                                                      dengan tiga atom oksigen
           sebarang pencemaran. Kerakusan manusia mengejar pembangunan                dalam satu molekul
           dan keselesaan dalam hidup dengan mengabaikan alam sekitar akan           •  ultralembayung – ultraungu
           mengundangkan padah. Isu pencemaran ini bersifat global, maka usaha-      •  prejudis – rasa suka atau
                                                                                      tidak suka yang tidak
           usaha yang dilakukan perlu melibatkan semua negara tanpa sebarang          berasas terhadap sesuatu
           prejudis. Kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang lebih   kaum, agama, negara, dan
           selesa.                                                                    sebagainya



             Pencemaran  alam sekitar akan memberikan kesan kepada perubahan cuaca dan kesuburan tanah yang

         dapat menjejaskan aktiviti pertanian. Selain itu, pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat

         haiwan dan menyebabkan kepupusan haiwan. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga disebabkan oleh

         pencemaran udara. Sinaran ultralembayung yang sampai ke bumi memberikan kesan kepada manusia. Kecairan

         ais di kutub utara dan kutub selatan menyumbang kepada peningkatan aras laut yang akan menenggelamkan

         kawasan petempatan yang rendah. Fenomena banjir besar  yang berlaku mengakibatkan kehilangan banyak

         nyawa. Tuntasnya, kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa.











                                                          117                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd   117                                                           14/11/2022   4:48 PM
   21   22   23   24   25   26   27