Page 23 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 23

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Pemindahan Maklumat

      Praktis     3

      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan   Info
      tentang  sebab-sebab remaja berhutang.  Panjangnya ringkasan anda hendaklah  tidak             Muflis pada
      melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri             Usia Remaja
      tanpa mengubah maksud asal petikan.


         Dewasa ini, golongan remaja yang sudah berkerjaya gemar berbelanja secara berlebih-lebihan berbanding
         dengan  pendapatan  bulanan  mereka.  Sudah  menjadi  kebiasaan  bagi  mereka  menggunakan  kad  kredit
         untuk membeli pakaian yang berjenama atau telefon yang mahal. Malah, ada dalam kalangan remaja yang
         sudah membeli kereta yang mahal. Mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan mereka.
         Maka, tidak hairanlah golongan yang baru bekerja ini menghadapi masalah kewangan yang serius hingga
         menyebabkan mereka muflis.

              Berdasarkan kajian, jika seseorang pekerja itu terpaksa menggunakan 30 peratus daripada wang
         gajinya untuk membayar hutang, maka mereka dianggap sebagai menghadapi masalah kewangan yang
         serius.  Statistik yang dikeluarkan  oleh Bank  Negara Malaysia menunjukkan bahawa  47 peratus  belia di
         Malaysia menanggung hutang  kad kredit yang tinggi dan 38 peratus terlibat dengan hutang peribadi. Hal
         ini menunjukkan bahawa remaja di Malaysia masih lemah dalam pengurusan kewangan.
              Kekurangan kewangan keluarga menyebabkan sebahagian besar daripada remaja yang melanjutkan
         pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi terpaksa membuat pinjaman pendidikan bagi menanggung
         kos pengajian. Malangnya, apabila tamat pengajian mereka terpaksa menganggur dan mengambil masa
         yang  lama  untuk  mendapat  pekerjaan.  Hutang  pinjaman  pendidikan  tidak
         dapat dijelaskan mengikut masa yang ditetapkan. Lebih malang lagi jika         Bestari Kata
         mereka meminjam wang daripada orang perseorangan atau daripada syarikat-   •  muflis –  tidak berupaya
         syarikat kewangan yang tidak sah.                                            membayar  hutang,
                                                                                      bankrap
              Kesimpulannya, remaja seharusnya bijak membuat pertimbangan dalam     •  serius –  sungguh-sungguh,
         menguruskan kewangan mereka. Kegagalan untuk menguruskan kewangan            benar-benar, tegas, dan
         akan memberikan kesan negatif kepada kehidupan mereka. Peluang pekerjaan     bukan main-main
         yang semakin terhad dan keadaan ekonomi yang tidak menentu akan            •  menganggur – tidak
                                                                                      bekerja, tidak mempunyai
         menghimpit golongan remaja untuk memenuhi tuntutan kehidupan mereka          pekerjaan
         pada masa ini yang memerlukan kos yang tinggi. Tidak ada jalan pintas untuk   •  kos – harga yang perlu
         berjaya dalam menguruskan kehidupan.                                         dibayar untuk memperoleh


           Banyak dalam kalangan remaja kini yang berhutang. Hal ini berpunca daripada sikap gemar berbelanja

      berlebih-lebihan. Mereka menggunakan kad kredit untuk membeli pakaian yang berjenama dan mahal. Selain itu,

      mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan diri sendiri sehingga menyebabkan muflis. Hal

      ini membuktikan bahawa mereka masih lemah dalam pengurusan kewangan. Remaja akan berhutang
      sebaik-baik sahaja melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi apabila meminjam wang daripada tabung

      pendidikan. Lebih malang lagi, mereka yang menganggur gagal untuk membayar hutang pinjaman pendidikan.

      Ironinya, kegagalan menguruskan kewangan yang baik akan memberikan kesan buruk dalam jangka
      masa panjang terhadap kehidupan remaja.














      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                    114






  Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd   114                                                           14/11/2022   4:48 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27