Page 7 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 7

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
                              Ke Arah Kecemerlangan







      1.   Soalan tentang Sistem dan Aplikasi Bahasa dikemukakan dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
      2.   Soalan dalam bahagian ini terdiri daripada lima soalan, iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan,
         menukarkan bahasa prosa klasik kepada bahasa Melayu standard, dan peribahasa. Kelima-lima soalan
         itu wajib dijawab.
      3.   Sebanyak  35  markah  diperuntukkan  bagi  Kertas  2  Bahagian  A  ini  mengikut  pecahan  seperti  yang
         berikut:
         (a)   Soalan morfologi – 8 markah
         (b)   Soalan sintaksis – 6 markah
         (c)   Soalan penyuntingan – 11 markah
         (d)   Soalan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard – 6 markah
 Bab     2
         (e)   Soalan peribahasa – 4 markah







                                                                 Fokus

                                                      Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan
      A   Format dan Bentuk Soalan                    kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan,
      1.   Calon akan diberikan satu petikan yang     dan pemajmukan.  Morfologi juga merupakan bidang
                                                      tatabahasa  yang  mengkaji  morfem  dan  pembinaan
         panjangnya lebih kurang lapan hingga sembilan   perkataan dalam suatu bahasa.
         ayat.
      2.   Calon diminta untuk mengenal pasti perkataan yang dinyatakan dalam soalan daripada petikan
         tersebut, sama ada kata majmuk, kata ganda, kata terbitan, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata
         hubung, kata nama, dan sebagainya.
      3.   Dalam peperiksaan, ada dua bentuk soalan yang boleh dikemukakan,
      4.   Bentuk soalan yang pertama ialah calon diminta supaya menyenaraikan dua perkataan yang berbeza
         jenis kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata nama terbitan dan kata hubung yang
         terdapat dalam petikan tersebut.
          Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
          dua kata hubung.
      5.   Selepas itu, calon diminta untuk menulis empat ayat berdasarkan perkataan-perkataan tersebut.

          Contoh:  Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
          perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
          boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
          peribahasa atau nama khas.
      6.   Bentuk soalan yang kedua ialah calon diminta supaya menyenaraikan tiga perkataan yang sama
         golongan kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata majmuk yang terdapat dalam
         petikan tersebut.

          Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.

       80
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12