Page 10 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 10

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           (d)   kata bilangan pisahan – tiap-tiap, masing-masing
           (e)   kata bilangan himpunan – kedua-dua, ketiga-tiga, keempat-empat
           (f)   kata bilangan tingkat – pertama, kedua, ketiga
        4.  Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
           (a)   Penggandaan penuh – Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar
               tersebut mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh:
               (i)   penggandaan penuh kata tunggal – budak-budak, mata-mata, baik-baik
               (ii)   penggandaan penuh  kata berimbuhan  –  ketua-ketua, pelajar-peljaar, amalan-amalan,
                    permainan-permainan
           (b)   Penggandaan separa – Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar ini boleh
               terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh:
               (i)   penggandaan separa kata tunggal – pohon → peponon, laki → lelaki, siku → sesiku
               (ii)   penggandaan separa kata terbitan –  berlari-lari, bantu-membantu, sebaik-sebaik, sayur-
                    sayuran,  orang-orangan,  tanya-tanyakan,  habis-habisan,  bersalam-salaman,  kemerah-  Bab     2
                    merahan
           (c)   Penggandaan berentak – Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi dalam kata
               dasar tersebut. Dalam penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
               diulang atau diubah. Contohnya,  kuih-muih, huru-hara, hiruk-pikuk, batu-batan, anak-pinak,
               simpang-siur.


        Contoh Soalan dan Jawapan
          Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  dua kata ganda dan  dua kata
                      bilangan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
                      setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya.
                      Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
                      perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                Inisiatif Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor memperkasa
          peranan guru-guru muda dalam kalangan murid berjaya memberikan impak. Hal ini terbukti
          apabila prestasi calon-calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat cemerlang.
          Pada minggu lalu, semasa keputusan SPM 2019 diumumkan, sebanyak 36 orang murid sekolah
          tersebut memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Lebih membanggakan apabila beberapa
          orang calon memperoleh keputusan 11A+. Kali terakhir sekolah tersebut mendapat A+ dalam
          semua mata pelajaran yang diambil adalah pada 2011


         Jawapan


          Kata ganda
          (i)   guru-guru
               Ayat: Guru-guru muda di sekolah itu bukan sahaja rajin mengadakan kelas tambahan kepada
               murid-murid, malahan sanggup meluangkan masa dengan ibu bapa untuk berbincang
               tentang prestasi anak-anak mereka.
          (ii)   calon-calon
                   : Para pegawas peperiksaan itu mengingatkan calon-calon agar membawa kad
 Kata          pengenalan sepanjang hari peperiksaan untuk memastikan mereka dapat menjalani
 Bilangan      peperiksaan tanpa sebarang masalah.




                                                                                            83
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15