Page 11 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 11

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

       Kata bilangan
       (i)   36
            Ayat: Sebanyak 36 orang penduduk kampung itu telah menghadiri mesyuarat persatuan
            penduduk untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan
            hidup mereka.
       (ii)   beberapa
            Ayat: Beberapa orang pemimpin masyarakat telah melawat mangsa kebakaran di taman
            perumahan itu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.


        Membina Ayat daripada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif
      1.   Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
      2.  Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
      3.   Kata kerja transitif ialah kata  kerja yang  mesti  diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama
         sebagai predikat dalam ayat.
 Bab     2
          Contoh ayat : Abang saya gemar menonton filem-filem luar negara. (Kata kerja “menonton”
          mesti disertai dengan objek, iaitu “filem-filem” supaya maksud ayat ini lengkap)

      4.   Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sempurna maksudnya, yang boleh berdiri dengan
         sendiri tanpa memerlukan objek.

          Contoh ayat: Tukang kebun itu sedang berehat di bawah sebatang pohon ketapang. (kata kerja
          “berehat” jelas menunjukkan perbuatan tukang kebun itu tidak memerlukan objek sebagai
          pelengkapnya)

      5.   Terdapat beberapa bentuk kata kerja tak transitif:
         (a)   kata kerja tak transitif tanpa imbuhan (makan, mandi, tidur, rehat)
         (b)   kata kerja tak transitif awalan beR- (berenang, bersukan, bermain, bersembang)
         (c)   kata kerja tak transitif awalan meN- (mengalir, menangis, menyanyi, menderu)
         (d)   kata kerja tak transitif awalan teR- (termenung, tersedar, terjatuh, terbuka)
         (c)   kata kerja tak transitif beR-…-an (bersalaman, bertentangan, berpelukan, bersebelahan)

      6.   Kata kerja transitif pula terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:
         (a)   berawalan me- (melukis, mengecat, menggoreng, mengecut)
         (b)   berapaitan me-…-kan (mendekatkan, menjauhkan, menjualkan, mengesahkan)
         (c)   berapitan me-…-i (mengingati, mencintai, mendekati, melalui)               Kata
         (d)   berawalan rangkap memper- (memperperoleh, memperbaik, memperbanyak)        Kerja
         (e)   berapitan memper-…-kan (mempermainkan, memperlakukan, memperdebatkan)  INFO 12
         (f)   berapitan memper-…-i (memperingati, memperkebuni, mempersenjatai)

      Contoh Soalan dan Jawapan
                    Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
        Soalan
                    kata kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina  satu ayat anda
                    sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
                    penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
                    menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.





       84
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16