Page 9 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 9

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
      Contoh Soalan dan Jawapan

                     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama khas dan dua
        Soalan
                     kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
                     daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
                     penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
                     menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

             Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa ribut petir
       dan hujan lebat serta angin kencang akan berlaku di semua kawasan di seluruh negara sehingga
       pukul 9.00  malam ini. MetMalaysia  memaklumkan amaran  itu dikeluarkan  untuk  penduduk
       seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor, dan Melaka. Turut dijangka
       mengalami cuaca yang serupa adalah di beberapa kawasan di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kulim,
       dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, dan Rompin
       di Pahang

 Bab     2
       Jawapan


       Kata nama khas
       (i)   Jabatan Meteorologi Malaysia
            Ayat: Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di universiti, Encik Hisham bertugas di
            Jabatan Meteorologi  Malaysia  kerana  minatnya  yang  sangat mendalam  terhadap  bidang
            tersebut.
       (ii)   Kuala Lumpur
            Ayat: Para peloncong asing gemar berkunjung ke Kuala Lumpur kerana mempunyai pelbagai
            destinasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan
            pusat-pusat beli-belah yang terkenal.

         Kata nama terbitan
       (i)   amaran
            Ayat : Jabatan Laut telah memberikan amaran kepada para nelayan agar tidak turun ke laut
            dalam minggu ini kerana ombak kuat dan angin kencang akan bertiup di kawasan laut di
            Pantai Barat.

       (ii)   kawasan
            Ayat:  Daerah  ini  telah  diletakkan  dalam  zon  merah  jangkitan  COVID-19 kerana jumlah
            penduduknya yang didapati positif virus penyakit tersebut agak tinggi.

        Membina Ayat daripada Kata Ganda dan Kata Bilangan
      1.   Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata ganda dan kata bilangan.
      2.   Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan. Dalam proses penggandaan ini, kata dasar boleh
         mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Selain itu, kata dasar boleh juga digandakan
         secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
      3.   Kata  bilangan  pula  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menghitung  sesuatu  frasa  nama  dan  hadir
         sebelum frasa nama tersebut. Contohnya:
         (a)   kata bilangan tentu – satu, lima, sepuluh                               Kata
         (b)   kata bilangan tak tentu – beberapa, segala, semua                       Bilangan
         (c)   kata bilangan pecahan – suku, separuh, tiga suku
                                                                               INFO 11


       82
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14