Page 24 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 24

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Tema 5

                    Kemahiran Menulis

              SP 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.
             Baca petikan yang diberikan. Kemudian, tulis kerangka karangan untuk menganalisis isi-isi
             penting dalam petikan.   KBAT  Menganalisis
               Dulu                                        Kini
               •  Wujud sejak zaman Neolitik dan dihasilkan  •  Industri   pembuatan   tembikar   diwarisi
                 secara primitif.                            turun-temurun dan masih dihasilkan secara
               •  Menggunakan tanah liat dari sungai  yang   tradisional.
                 dibentuk dan dikeringkan di  bawah cahaya  •  Sudah  ada  teknologi  moden  menghasilkan
                 matahari.                                   tembikar.
               •  Antara tembikar primitif yang ditemukan di  •  Tembikar  yang  terkenal  di  Malaysia  ialah
                 Malaysia adalah di Ulu Tembeling, Pahang, di   labu sayong (Perak), tembikar mambong
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
                 Gua Cha, Kelantan, dan di Kota Tinggi, Johor.  (Kelantan), dan pasu Sarawak (Sarawak).

               Pengusaha bengkel tembikar Sayong Pottery, Mohd Pareb Zamari, berpendapat bahawa kraf
               ini masih berpotensi untuk ditransformasikan dalam pelbagai kegunaan harian. Beliau yang
               mengusahakan kaedah pembuatan moden dan tradisional mengakui keistimewaan tanah liat
               sayong yang banyak memiliki khasiat memberikan keupayaan industri itu untuk bertahan lama.
                   “Sebagai pengusaha generasi kelima, saya akan memastikan kaedah pembuatan tradisional
               perlu diteruskan untuk mengekalkan warisan identiti Kuala Kangsar, khususnya Sayong sebagai
               pengeluar satu-satunya labu sayong di dunia. Bagi merancakkan industri ini lagi, penggunaan
               teknologi moden perlu seiring bagi pengeluaran produk yang lebih produktif termasuk cepat,
               ketahanan tinggi, kreativiti, dan pelan pemasaran yang efektif,” katanya..
                   Selain tanah liat sayong, Mohd Pareb turut mengimport tanah porselin dari Jepun untuk
               membuat tembikar dan labu. Tidak dinafikan bahawa tanah sayong banyak keistimewaan dan tidak
               perlu mencampurkan mineral lain supaya lebih tahan lama. Tanah sayong juga menjadi penapis
               klorin yang jika diminum dapat menyejukkan badan secara semula jadi. Hal ini berbeza daripada
               tanah porselin yang perlu dimasukkan beberapa bahan lain untuk lebih tahan. Tanah porselin lebih
               kuat selepas dimasukkan bahan lain dan mampu menghasilkan tembikar dengan lebih banyak
               menggunakan kaedah moden kerana ketahanannya mampu dibakar pada suhu 1250 Celsius. Di
               samping itu, syarikatnya juga mendapat tempahan membuat penapis air daripada tanah sayong
               untuk industri di Korea Selatan. Jelaslah bahawa industri kraf tembikar sudah jauh menembusi
               pasaran pelbagai negara di dunia.

                        Pendahuluan                  Isi-isi penting                Penutup

               •  Tembikar wujud sejak zaman    •  Kaedah pembuatan     •  Labu sayong mempunyai
                 neolitik.                         labu sayong.            pasaran yang luas.
               •  Dibuat daripada tanah liat dan   •  Kegunaan dan      •  Masyarakat perlu menyokong
                 dikeringkan di bawah cahaya       keistimewaan            industri labu sayong.
                 matahari.                         termbikar labu       •  Pihak kerajaan perlu membantu
               •  Tembikar yang terkenal di        sayong.                 pengusaha labu sayong
                 Malaysia ialah labu sayong, labu  •  Cara memajukan       memajukan perusahaan hingga
                 mambong, dan pasu Sarawak.        industri labu sayong.   peringkat antarabangsa.

                 Pendidikan Sivik: Nilai Hormat-menghormati
               •  Murid dapat menzahirkan perasaan bangga dapat mengekalkan warisan budaya Malaysia.


              TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6          21                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29