Page 28 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 28
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
9. Perenggan penutup harus mengandungi rumusan yang berkaitan dengan tema yang diberikan. Cadangan penutup
terdiri daripada pihak yang terlibat, ayat cadangan, dan harapan.
10. Selepas selesai menulis, murid digalakkan supaya menyemak karangan dari segi isi, kesalahan tatabahasa, ejaan, dan
jumlah patah perkataan.
11. Murid perlu akur akan ketetapan bilangan patah perkataan, iaitu antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kesalahan Lazim
1. Murid tidak dapat mengaitkan bahan rangsangan dengan kehendak tema. Perkara ini menyebabkan murid tidak dapat
menghuraikan isi dengan baik serta tiada kesinambungan dan koheren antara isi 1 dengan isi 2.
2. Murid tidak dapat membezakan ayat contoh dan ayat huraian. Hal ini menyebabkan berlaku pengulangan maksud ayat
yang ditulis.
3. Murid biasanya menulis melebihi 200 patah perkataan. Kegagalan ini menyebabkan perkataan yang telah melebihi jumlah
yang ditetapkan tidak dibaca dan diterima oleh pemeriksa.
4. Murid gagal mempelbagaikan struktur ayat, slogan, peribahasa, dan sebagainya dalam wacana penulisan. Selain itu,
murid juga banyak melakukan kesalahan dari aspek bahasa, ejaan, dan tanda baca.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Model Karangan Respons Terhad
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kerjaya dalam bidang animasi.
Huraikan pendapat anda tentang kerjaya dalam bidang animasi.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kelebihan
MENCEBURI BIDANG ANIMASI
1 Diminati dan sesuai dengan
trend digital
2 Menawarkan gaji
yang lumayan
3 Sentiasa menawarkan
cabaran baharu
4 Menjadikan anda
sentiasa kreatif
Kemunculan siri animasi popular seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Didi and Friends, Ejen Ali, serta
Awang Kenit membuka mata generasi muda terhadap prospek cerah bidang kreatif itu, sekali gus
berminat untuk menjadikannya kerjaya pilihan pada masa depan.
Antara cabaran utama dihadapi dalam bidang animasi ialah memenuhi tarikh akhir setiap
projek yang harus disiapkan mengikut kehendak pelanggan. Bagi menghasilkan siri animasi yang
berkualiti, produksi memerlukan antara satu hingga dua bulan untuk menyiapkan satu episod.
Jika siri animasi itu mempunyai 13 episod, secara keseluruhan dua tahun diperlukan untuk
menyiapkannya dengan mengambil kira tenaga kerja dan kemudahan yang ada.
Mereka yang ingin menceburi bidang animasi juga perlu memiliki kemahiran yang tinggi
dalam bidang multimedia. Hal ini supaya produk yang dihasilkan berkualiti dan setanding dengan
produk penggiat animasi antarabangsa.
Sumber: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017
71 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

