Page 25 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 25
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 5
Aspek Seni Bahasa
SP 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan di bawah ini. Kemudian, pilih ayat atau perenggan untuk diedit dengan
menambahkan peribahasa yang betul dan sesuai mengikut konteks. KBAT Menganalisis
Malaysia semakin pesat membangun dan kini berada di landasan ke arah negara maju menjelang
abad ke-21. Sektor perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi negara pada
masa ini. Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, Malaysia mampu setanding
dengan negara-negara maju lain di dunia.
Terdapat beberapa kebaikan sektor perindustrian kepada negara. Antaranya termasuklah sektor
perindustrian dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Malah, kepesatan perindustrian di
Malaysia telah mendorong rakyat negara lain berhijrah ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Antara tenaga kerja asing yang mendapatkan pekerjaan di Malaysia ialah rakyat Indonesia,
Bangladesh, Vietnam, dan Nepal. Sesungguhnya, penduduk luar bandar juga turut mendapat
manfaat. Dengan peluang pekerjaan yang ada menjadikan taraf hidup rakyat Malaysia semakin
meningkat.
Di samping itu, kemajuan sektor perindustrian turut memberikan impak kepada sektor
pertanian, umpamanya, penggunaan jentera moden dapat meningkatkan tahap produktiviti
mereka. Pada masa yang sama, sektor perindustrian merangsang perkembangan sistem
pengangkutan negara. Semakin banyak pelabuhan dan lapangan terbang dibina bagi
membolehkan barangan industri dieksport ke negara lain. Dengan itu, sistem jalan darat seperti
lebuh raya semakin banyak dibina bagi memudahkan urusan sektor perindustrian.
Pendapatan negara yang bertambah hasil daripada sektor perindustrian membolehkan
pihak kerajaan membangunkan tempat pelancongan dengan lebih banyak. Selain itu,
bangunan-bangunan bersejarah dapat juga dibaik pulih dan dipulihara.
Intihanya, jelas bahawa sektor perindustrian banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat
dan negara. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam melaksanakan obligasi masing-masing
bagi menyokong kepesatan bidang perindustrian. Semoga revolusi industri 4.0 menjadikan Malaysia
terkenal seantero dunia.
Malaysia semakin pesat membangun dan kini berada di landasan ke arah negara maju
menjelang abad ke-21. Sektor perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi
negara pada masa ini. Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, Malaysia
mampu setanding dengan negara-negara maju lain di dunia seperti kata peribahasa, duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi.
Nota Visual
Peribahasa
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6

