Page 29 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 29

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Penulisan

            Langkah 1 : Menganalisis Bahan


            Menganalisis     Peta  minda dan petikan keratan akhbar
            bahan

            Strategi         •  Murid dikehendaki untuk membaca dan mengenal pasti tema bahan.
            menggunakan      •  Garisi maklumat penting yang menjadi fokus dalam sesuatu bahan.
            bahan            •  Kenal pasti atau bina kata kunci yang sesuai melalui maklumat penting atau
                                fokus tersebut.
                               Contoh kata kunci
                               –  Kelebihan (kepentingan/kebaikan/faedah/manfaat)
                               –  Cabaran (halangan/rintangan/kekangan)
                             •  Menghasilkan satu perenggan isi daripada setiap bahan. Perkara ini boleh
                                dilakukan dengan cara menghuraikan fokus bagi setiap bahan.
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
            Mengolah         Cadangan penulisan yang digalakkan adalah seperti yang berikut:
               bahan         •  Perenggan isi 1 (Bahan 1) : Kelebihan menceburi bidang animasi
                             •  Perenggan isi 2 (Bahan 2) : Cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang animasi


            Langkah 2 : Membina Pendahuluan (THUF)

            Ayat tema       Kaedah menjana ayat tema
                            •  Kaedah 1 (menggunakan peribahasa/kiasan/kata-kata tokoh/pantun)
                              Contoh:  Genggam bara api, biar sampai jadi arang boleh dikaitkan dengan
                              individu yang meminati bidang animasi seharusnya berusaha untuk menggilap
                              potensi mereka.
                            •  Kaedah 2 (media massa/akhbar/kajian/laporan/statistik/fakta)
                              Contoh:  Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di
                              Malaysia.
            Ayat huraian    •  Huraian boleh dibuat sama ada menjelaskan atau menyatakan impak sesuatu
                              perkara sama ada dalam bentuk positif atau negatif secara umum.
                              Contoh:  Seiring ledakan teknologi, pelbagai animasi digunakan dalam iklan
                              untuk menyampaikan informasi kepada rakyat.

            Ayat fokus      •  Ayat yang merujuk fokus atau maklumat penting yang terdapat dalam bahan.
                              Contoh kata kunci: Oleh itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya
                              menyedari kepentingan dan cabaran bidang animasi ini.
            Jawapan         •  Murid digalakkan untuk membina tiga ayat dalam pembinaan pendahuluan
            (Gabungkan        bagi mengoptimumkan penghasilan patah perkataan.
            ayat)             (Ayat Tema) Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di
                              Malaysia. (Ayat Huraian) Seiring ledakan teknologi, pelbagai animasi digunakan
                              dalam iklan untuk menyampaikan informasi kepada rakyat. (Ayat Fokus) Oleh
                              itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya menyedari kelebihan
                              dan cabaran bidang animasi ini.

            Kira            40 patah perkataan (kata ganda, kata akronim, dan peribahasa dikira satu perkataan)



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              72
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34