Page 82 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 82

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Lisan

             Ibu bapa suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa boleh membaca buku bersama dengan anak-
             anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan yang digemari oleh anak-anak demi memupuk
             minat membaca dalam diri mereka.
                  Hari ini, banyak kempen membaca yang diadakan oleh pihak kerajaan, misalnya kempen
             “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”. Pada masa yang sama, pameran-pameran buku juga dianjurkan.
             Tujuannya untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat. Dalam pada itu, pelbagai
             inisiatif boleh dilakukan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir untuk mendapatkan
             pengetahuan. Pihak kerajaan boleh memberikan buku percuma kepada masyarakat. Dengan itu,
             masyarakat akan memperoleh pengetahuan yang banyak.
                  Di samping itu, program NILAM di sekolah haruslah diperkasakan supaya dapat menggalakkan
             murid membaca. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan membaca dan memberikan
             hadiah kepada murid sebagai perangsang.
                  Amalan membaca buku memang banyak faedahnya. Pelbagai kempen dan program dijalankan
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
             untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan amalan ini. Namun demikian, amalan
             ini semakin dilupakan oleh masyarakat lantaran kepesatan teknologi maklumat. Hal ini tidak boleh
             dibiarkan kerana memberikan kesan negatif terhadap usaha kerajaan untuk melahirkan generasi
             muda yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif.

             Soalan Rangsangan

               1.  Apakah kebaikan amalan membaca buku?
                  –  dapat meningkatkan ilmu pengetahuan – membaca buku jambatan ilmu
                  –  dapat mengisi masa lapang secara berfaedah – dapat mengelakkan masa terbuang

                  –  dapat meningkatkan penguasaan kosa kata – banyak perkataan baharu ditemukan
                  –  dapat  meningkatkan  keterampilan  dan  kemahiran  diri  –  terutama  buku  tentang  sesuatu
                    kemahiran


               2.  Apakah langkah-langkah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
                  –  Ibu bapa suri teladan kepada anak-anak.
                  –  Pihak kerajaan boleh mengadadakan kempen membaca

                  –  Menganjurkan pameran buku
                  –  Pihak kerajaan boleh memberikan buku percuma kepada masyarakat
                  –  Memperkasakan program NILAM di sekolah-sekolah
                  –  mengadakan pertandingan membaca dan memberikan hadiah kepada murid sebagai

                    perangsang

               3.  Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah amalan membaca buku semakin kurang dalam
                  kalangan masyarakat kini?
                  –  sikap masyarakat yang kurang gemar membaca buku – menganggap amalan tersebut
                     membuang masa mereka




                                                         159                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87