Page 78 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 78
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
3. Murid hendaklah memahami soalan yang dikemukakan oleh pentaksir dan menjawab soalan tersebut dengan
sebaik-baiknya.
4. Murid digalakkan supaya memberikan contoh sebagai perincian tambahan kepada penjelasan.
5. Murid hendaklah menggunakan bahasa Melayu standard sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pentaksir.
6. Murid juga hendaklah mengelak daripada menggunakan bahasa slanga atau istilah bahasa Inggeris sewaktu
menyampaikan idea.
7. Murid juga hendaklah menggunakan ayat yang betul dari segi hukum tatabahasa.
8. Murid harus mengelakkan menjawab ‘ya’, ‘mungkin’, ‘tidak tahu’, atau dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja.
Murid harus menganalisis soalan yang diberikan dan memberikan pendapat.
9. Murid juga harus ingat bahawa setiap soalan yang diberikan oleh pentaksir bertujuan supaya murid berfikir dan
mengeluarkan pendapat.
10. Murid hendaklah melontarkan suara dengan kuat, tegas, dan jelas kepada pentaksir.
Panduan Menjawab Soalan Ujian Bertutur Secara Berkumpulan
1. Baca dan fahami arahan soalan dan tema yang dikemukakan.
2. Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang dan merangka idea-idea yang dapat digunakan semasa aktiviti
berkumpulan.
3. Dalam bahagian ini, pentaksir tidak akan mengemukakan sebarang soalan. Mereka hanya bertindak sebagai pemudah
cara.
4. Dengan itu, ahli dalam kumpulan haruslah berusaha untuk mengemukakan idea-idea tentang tajuk yang dibincangkan.
5. Perkara yang dibincangkan haruslah menyeluruh termasuk definisi tajuk, faktor keadaan itu berlaku,
langkah-langkah meningkatkannya, kesan terhadap individu, masyarakat, dan negara, serta aspek-aspek lain.
6. Setiap ahli dalam kumpulan haruslah mengemukakan idea mereka kerana pentaksir akan memberikan markah
berdasarkan idea, bahasa, dan kejelasan.
7. Murid hendaklah menyampaikan pendapat atau idea mereka menggunakan bahasa baku yang betul, tepat, dan ayat yang
gramatis. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
8. Di samping itu, murid hendaklah bertutur secara tersusun, lancar, mudah difahami, serta menggunakan intonasi yang
sesuai.
Kesalahan Lazim
Murid tidak memahami petikan atau bahan rangsangan dengan jelas sehinggakan mereka tidak dapat
Isu
menjawab soalan yang dikemukakan oleh pentaksir.
Murid tidak dapat menggunakan tatabahasa dan kosa kata yang betul. Pertuturan mereka lebih
Bahasa
kepada bahasa tidak formal dan bahasa pasar.
Intonasi Murid tidak menggunakan intonasi dan nada yang sesuai semasa menjawab soalan yang dikemukakan
dan Nada oleh pentaksir.
Kefasihan
dan Murid tidak fasih dan tidak lancar menjawab soalan. Pertuturan mereka kerap tersekat-sekat.
Kelancaran
155 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

