Page 10 - Jom Belajar Pengaturcaraan Python
P. 10

Python  Bab 1

                  Operator Matematik
           Sekarang, anda boleh mula membuat pengiraan dengan menggunakan Python sebagai kalkulator
           dalam mod pentafsir.
             1.  Lancarkan aplikasi Python.
             2.  Pada Python prompt, taip “# Penggunan Python sebagai kalkulator” dan tekan kekunci Enter.
             3.  Kelihatan Python prompt yang baharu muncul dan menunggu arahan seterusnya. Buat
               operasi tambah, tolak, darab dan bahagi seperti berikut:












             4.  Perhatikan  hasil  bahagi  yang  dipaparkan.  Ia  menunjukkan  bilangan  tempat  perpuluhan
               yang agak panjang. Dalam pengaturcaraan Python, anda boleh menggunakan fungsi
               round() untuk membundarkan hasil bahagi tersebut kepada bilangan tempat perpuluhan
               yang dikehendaki seperti berikut:


                                        Penetapan bilangan tempat perpuluhan
             5.  Di sini, didapati hasil bahagi tersebut telah dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan seperti
               yang ditetapkan.
             6.  Penggunaan operator modulus “%” pula akan menunjukkan  nilai  baki sahaja setelah
               pembahagian dibuat antara dua operan seperti berikut:



             7.  Operator Floor Division “//” pula  tidak  memaparkan  baki setelah pembahagian dibuat
               antara dua operan seperti berikut:



             8.  Operan juga boleh dikuasakan dengan menggunakan operator eksponen “**” seperti berikut:




                  Operator Perbandingan
             1.  Selain itu, Python juga menyediakan operator perbandingan bagi membandingkan nilai di
               sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator.
             2.  Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik Boolean, iaitu ia akan mengembalikan
               nilai 1 jika benar atau nilai 0 jika palsu.
             3.  Dalam Python, Palsu akan dipaparkan sebagai False dan Benar akan dipaparkan sebagai True.


                                                                                                  7







   Bab 1.indd   7                                                                                  9/5/19   9:53 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15