Page 11 - Jom Belajar Pengaturcaraan Python
P. 11
Python Bab 1
4. Berikut merupakan contoh bagi operator perbandingan:
5. Operator perbandingan juga dikenali sebagai pengendali perhubungan. Operator ini hanya
dapat menguji satu kes hubungan pada satu ketika.
Operator Logik
1. Jika kita ingin menguji beberapa kes yang berkaitan untuk menentukan keputusan, kita
boleh menggunakan operator logik.
2. Penggunaan operator and dan or dalam sesuatu operasi melibatkan dua operan manakala
penggunaan operator not hanya melibatkan satu operan sahaja.
3. Jadual berikut menunjukkan contoh operasi bagi operator logik dan anda boleh mengujinya
dalam aplikasi Python:
x y x and y x or y
0 0 0 0
0 1 0 1
1 0 0 1
1 1 1 1
8
Bab 1.indd 8 9/5/19 9:53 AM

