Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 14
Geografi Penggal 1 STPM Bab 1 Konsep Sistem
(c) Sistem terbuka ‘15
(i) Mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan bahan BAB
dan tenaga.
(ii) Tenaga dan bahan ini saling berinteraksi untuk menggerakkan Petua Pemeriksa 1
sistem.
(iii) Sebarang perubahan yang berlaku terhadap bahan Pelajar hendaklah tahu
menghuraikan sistem
atau tenaga akan menyebabkan sistem ini berubah dan terbuka, sistem tertutup,
mencapai keseimbangan yang baharu. Contoh sistem dan sistem terpencil dengan
terbuka ialah sistem hidrologi. menggunakan gambar rajah.
(iv) Kitaran air bermula dengan proses sejatan permukaan badan-
badan air dan sejat peluhan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara
akibat penerimaan tenaga matahari.
(v) Wap-wap air ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya
berlaku kejadian hujan.
(vi) Lautan merupakan satu sistem terbuka. Terdapat pertukaran
tenaga antara sistem lautan dengan sistem atmosfera, iaitu input
radiasi solar dan output radiasi lautan dan juga pertukaran Berdasarkan contoh yang
khusus, tunjukkan kesan
jisim, iaitu kerpasan sebagai input dan sejatan sebagai output. terhadap sistem-sistem fizikal
yang lain apabila sesuatu
sistem mengalami perubahan.
T
J
J
T – Tenaga T T
J – Jisim
T T
J J J J
T
Rajah 1.3 Sistem terbuka bumi
(vii) Organisma yang hidup dalam sesuatu ekosistem juga merupakan
sistem terbuka kerana organisma-organisma ini menggunakan
input jisim dan mengeluarkan output jisim.
(viii) Organisma ini juga turut menerima haba dan menghasilkan
haba. Contohnya, pokok. Pokok merupakan sistem terbuka
kerana pokok mempunyai sempadan sistem yang merupakan
bentuk pokok tersebut. Pokok juga boleh meresap air bawah
tanah melalui akarnya yang disalurkan ke batang dan daun
pokok lalu dilepaskan ke atmosfera sebagai wap air melalui
proses transpirasi. Tenaga matahari diserap oleh daun pokok
melalui proses fotosintesis. Tenaga kemudiannya dikeluarkan
ketika proses respirasi, iaitu pembakaran tenaga kimia yang
terdapat dalam tisu pokok.
(ix) Selain itu, sistem tasik juga merupakan sistem terbuka. Input
tenaga daripada penembusan cahaya matahari ke dalam
tasik membolehkan tumbuhan akuatik menjalankan proses
fotosintesis dan output tenaga daripada radiasi haba tasik ke
atmosfera.
5
01A GEOG PRA-U P1.indd 5 3/27/18 4:34 PM

