Page 18 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 18

Geografi Penggal 1  STPM  Bab 4  Tenaga

                 4.1  Konsep Tenaga                                             Hasil Pembelajaran

                                                                               Mentakrifkan konsep tenaga
            1  Tenaga dapat didefinisikan sebagai satu daya atau kemampuan untuk
              menghasilkan kerja atau aktiviti.
            2  Tenaga tidak dapat diukur secara langsung. Namun begitu, kita dapat
              mengukurnya dengan berapa banyak kerja yang dapat dilakukan semasa
              tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
            3  Unit ukuran tenaga ialah Btu, joule, dan kalori.
            4  Tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan. Jumlah besar tenaga
              sesuatu sistem tidak berubah.                                   Tenaga
            5  Walau bagaimanapun, tenaga ini boleh ditukar  daripada satu bentuk   Satu daya atau kemampuan
              kepada bentuk yang lain.                                        untuk melakukan sesuatu kerja   BAB
                                                                              atau menghasilkan sesuatu.
            6  Contoh tenaga yang lain ialah tenaga kinetik, tenaga kimia, tenaga haba,                 4
              dan tenaga keupayaan.





                 4.2  Jenis Tenaga dan Puncanya                                 Hasil Pembelajaran
                                                                               • Mengenal pasti punca dan
                                                                                 jenis tenaga
          Jenis-jenis Tenaga                                                   • Membezakan tenaga
                                                                                 eksogenik dengan tenaga
          Tenaga dapat dikelaskan kepada dua jenis tenaga, iaitu:                endogenik
            1  Tenaga endogenik
              (a)  Merupakan satu proses daripada dalaman bumi yang digerakkan        ‘14
                  oleh haba radioakti f.
              (b)  Tindakannya menghasilkan gangguan tektonik di permukaan bumi.
              (c)  Hasil tindak balasnya ialah permukaan bumi mengalami kedutan    Petua Pemeriksa
                  yang seterusnya membentuk sistem gunung-ganang, gempa bumi,   Pelajar perlu tahu
                  dan aktiviti-aktiviti gunung berapi.                         menghuraikan punca tenaga
                                                                               endogenik dan menerangkan
              (d)   Contoh tenaga endogenik yang berpunca dari dalam bumi ialah   proses yang berpunca
                  tenaga nuklear dan tenaga geoterma.                          daripada tenaga endogenik
            2  Tenaga eksogenik                                                       ‘12
              (a)  Merupakan satu proses yang berpunca daripada luar permukaan
                  bumi, terutamanya matahari.
              (b)  Matahari mempengaruhi unsur-unsur iklim dan cuaca yang
                  seterusnya mempengaruhi agen-agen geomorfologi seperti
                  pancaran matahari, hujan, air mengalir, ombak, angin, dan lain-lain.  Nyatakan perbezaan antara
              (c)  Keadaan ini telah menghasilkan kepelbagaian bentuk muka bumi di   tenaga endogenik dengan
                                                                               tenaga eksogenik.
                  permukaan bumi.
              (d)  Contoh tenaga eksogenik yang berpunca daripada matahari ialah
                  tenaga suria (tenaga solar), tenaga hidroelektrik, tenaga angin, dan
                  tenaga ombak.





                                                                                                  31






   04A GEOG PRA-U P1.indd   31                                                                    3/27/18   10:25 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23