Page 15 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 15

Geografi Penggal 1  STPM  Bab 1  Konsep Sistem

                                         1.3  Interaksi antara Sistem Alam
     BAB  Berdasarkan contoh yang               Sekitar Fizikal

    1   khusus, tunjukkan kesan
        terhadap sistem-sistem fizikal
        yang lain apabila sesuatu     1  Sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi, dan sistem
        sistem mengalami perubahan.
                                      ekologi saling berinteraksi antara satu sama lain dalam hubungan yang
                                      kompleks.
                                    2  Jika berlaku kitaran hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan
                                      air, diikuti oleh proses pemeluwapan dan kerpasan pula berlaku dalam
                                      sistem atmosfera. Kemudian, berlaku proses cegatan silara dari tumbuh-
                                      tumbuhan  dalam  sistem  ekologi.  Seterusnya,  larian  air  permukaan
                                      berlaku dalam sistem geomorfologi. Akhirnya, proses aliran air bawah
                                      tanah dan akuifer berlaku dalam sistem hidrologi.
                                    3  Sebarang perubahan yang dialami oleh sesebuah sistem akan
                                      mempengaruhi sistem-sistem yang lain dan boleh mengganggu
                                      persekitaran fizikal sesuatu kawasan.

         Rumusan




          1  Sistem mempunyai angkubah yang saling berkaitan dalam sempadan yang tersendiri.
          2  Ciri-ciri sistem akan menentukan kewujudan sesuatu sistem dalam mencari keseimbangan sistem.
          3  Sistem terbahagi kepada sistem tertutup, sistem terpencil, dan sistem terbuka.
          4  Sistem  terpencil  mempunyai  sempadan  sistem  yang  tertutup.  Tenaga  dan  bahan  hanya  bergerak  dalam
            sistem itu sahaja.
          5  Sistem tertutup mempunyai sempadan. Hanya tenaga yang boleh keluar masuk melintasi sempadannya.
          6  Sistem  terbuka  pula  mempunyai  sempadan  yang  nyata  dan  tenaganya  bebas  keluar  masuk  melintasi
            sempadannya.
          7  Dalam persekitaran fizikal, ada empat sistem yang boleh mempengaruhi antara satu sama lain, iaitu hidrologi,
            ekologi, atmosfera dan geomorfologi.




























          6






   01A GEOG PRA-U P1.indd   6                                                                     3/27/18   4:34 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20