Page 19 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 19
Geografi Penggal 1 STPM Bab 4 Tenaga
Punca-punca Pelbagai Contoh Tenaga
1 Tenaga nuklear
Dua jenis tenaga yang ada di (a) Tenaga nuklear juga dikenal sebagai tenaga atom. Tenaga nuklear
dalam sistem bumi ialah: boleh dijana melalui tindak balas dalam nukleus atom uranium
• tenaga eksogenik yang boleh yang menjadi sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear
berubah bentuk menjadi
tenaga kimia, tenaga kinetik, sama ada tindak balas pembelahan nukleus ataupun tindak balas
dan tenaga potensi pelakuan nukleus.
• tenaga endogenik yang
berpunca daripada dalam (b) Uranium biasanya diperoleh dari negara-negara seperti Australia,
perut bumi seperti tenaga Kazakhstan, Kanada, dan Amerika Syarikat (AS).
seismik dan volkanik
(c) Tenaga nuklear boleh menjana tenaga elektrik. Loji komersial
menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan
BAB elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk
4 menghasilkan wap, yang kemudiannya digunakan untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
(d) Malah tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam
jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang
berbanding dengan penjanaan tenaga elektrik menggunakan
bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu.
(e) Tenaga nuklear juga digunakan oleh kebanyakan kapal laut
INFO tentera dan beberapa kapal awam serta kenderaan angkasa yang
telah dilancarkan seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-
Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang 10A kepunyaan Amerika.
tenaga endogenik dan
eksogenik, layari: (f) Dalam bidang perubatan, teknologi nuklear sudah digunakan
dalam Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan
• https://goo.gl/2BZzwn
sumber tenaga nuklear untuk mengesan penyakit berbahaya pada
manusia seperti ketumbuhan otak, kanser tulang, dan penyakit
kanser yang lain. Begitu juga untuk membuat diagnosis penyakit
menggunakan radioisotop nuklear. Malah boleh digunakan
dalam pensterilan alatan perubatan lebih sempurna.
(g) Dalam bidang pertanian, tenaga nuklear boleh mengurangkan
serangga perosak menggunakan keadah kawalan biologi. Sinar
gamma boleh memandulkan serangga perosak jantan, walaupun
proses mengawan berlaku tetapi tiada berlaku penghasilan
zuriat. Selain itu, boleh menghasilkan baka tanaman yang lebih
bermutu melalui proses mutasi aruhan yang boleh mengubah
gen tanaman.
(h) Dalam bidang perindustrian, tenaga nuklear digunakan untuk
mengukur kepadatan tembakau dan coklat, mengukur ketebalan
kertas dan pengeluaran sarung tangan getah, dan sebagainya.
(i) Dalam bidang ketenteraan, teknologi nuklear sering
disalahgunakan untuk membuat senjata nuklear seperti bom
atom dan peluru berpandu nuklear oleh kuasa-kuasa besar
seperti Amerika Syarikat dan Rusia.
32
04A GEOG PRA-U P1.indd 32 3/27/18 10:25 AM

