Page 34 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 34

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan
                  3.  Bahasa
                     (a)  Struktur ayat yang betul dan mudah difahami.
                     (b)  Tiada kesalahan tatabahasa yang ketara.
                     (c)  Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya.                                        Bab     1
                     (d)  Penanda wacana yang betul dan tepat.

                  D   Strategi Menulis Karangan
                4 Memilih Tajuk
                  1.  Pilihlah tajuk yang benar-benar anda faham akan maksud atau kehendak soalan.

                  2.  Anda hendaklah banyak mempunyai isi/maklumat, data, fakta, serta bukti yang dapat dihuraikan
                     dengan baik dan berkesan.
                  3.  Anda perlu juga mengenal pasti kehendak tajuk supaya tidak menyeleweng daripada tajuk yang
                     dipilih.
                4 Merangka Karangan
                   Rangkakan karangan mengikut:
                   (a)  Pendahuluan/Pengenalan karangan
                   (b)  Isi-isi penting
                   (c)  Kesimpulan/Penutup
                4 Pendahuluan/Pengenalan Karangan

                  1.  Tulis pengenalan karangan dengan baik kerana hal ini penting dalam sesebuah karangan.
                  2.  Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
                  3.  Terdapat pelbagai cara untuk memulakan sesebuah karangan.
                     (a)  Mengemukakan pendapat orang lain atau sendiri.
                     (b)  Memberikan definisi kepada tajuk karangan.
                     (c)  Mengemukakan persoalan.
                     (d)  Mengemukakan gambaran atau suasana.
                     (e)  Mengemukakan kata-kata kiasan/peribahasa.
                     (f)  Mengemukakan dialog dan sebagainya.
                  4.  Pengenalan yang ditulis hendaklah bersesuaian dengan tajuk karangan.

                      Contoh Soalan
                      Peranan ibu bapa penting dalam membentuk akhlak remaja masa kini. Berikan pendapat anda.


                   Contoh      Pengenalan Peribahasa
                       Peribahasa Melayu berbunyi “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” memang ada
                kebenarannya dalam membentuk akhlak anak-anak. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam
                memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak masa kini, terutama ketika anak-anak masih
                kecil.


                   Contoh      Pengenalan Gambaran/Suasana
                       Apabila kita pergi ke kompleks beli-belah, kita akan dapat melihat para remaja melepak di kaki
                lima kompleks tersebut. Keadaan ini membimbangkan kerana remaja yang tidak melakukan sebarang
                pekerjaan akan mudah terjerumus ke jurang penagihan dadah dan jenayah.



                                                                                                      31






         01 Focus SPM BM.indd   31                                                                      12/6/19   4:38 PM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39