Page 5 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 5

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                  Bahagian            A       Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
                  Bahagian


                                        Ke Arah Kecemerlangan
         Bab     1


                A   Pengenalan
                1.  Karangan berdasarkan bahan rangsangan merupakan aspek terkini yang dikemukakan dalam Kertas 1
                   atau Kertas 1103/1 SPM mulai tahun 2004.

                2.  Karangan yang akan ditanyakan dalam kertas ini terdiri daripada satu soalan dan wajib dijawab.
                3.  Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan bahagian ini manakala masa yang dicadangkan ialah
                   45 minit.
                4.  Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


                B   Bentuk Soalan
                1.  Bahan rangsangan yang dikemukakan bagi Bahagian A boleh terdiri daripada:
                   (a)  gambar
                   (b)  gambar foto
                   (c)  gambar rajah
                   (d)  ilustrasi kartun
                   (e)  iklan / poster
                   (f)  petikan
                   (g)  catatan
                2.  Bahan rangsangan ini digunakan untuk membantu anda menghasilkan karangan mengikut tema atau
                   isu tertentu. Hal ini adalah sesuai dengan kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM serta
                   Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
                3.  Penulisan karangan berpandukan bahan rangsangan tersebut adalah untuk:
                   (a)  menguji pemahaman dan pengetahuan anda terhadap bahan rangsangan;
                   (b)  menguji kemahiran anda membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan serta tajuk
                       yang diberikan;
                   (c)  menguji pengetahuan anda tentang isu semasa;
                   (d)  menguji peluasan idea yang berkaitan tanpa bergantung pada bahan rangsangan sahaja.
                4.  Anda dikehendaki menghuraikan pendapat berpandukan bahan rangsangan tersebut dan tajuk yang
                   diberikan.
                5.  Panjang karangan yang perlu anda tulis adalah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


                C   Aspek-aspek yang Dinilai
                1.  Ketepatan tajuk
                   Karangan hendaklah bertepatan dengan tajuk atau kehendak soalan.
                2.  Isi atau idea
                   Sekurang-kurangnya tiga isi utama dikemukakan berserta huraian. Kematangan fikiran penting dalam
                   membuat huraian idea supaya dapat meyakinkan pembaca.



                  2






         01 Focus SPM BM.indd   2                                                                       12/6/19   4:38 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10