Page 6 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 6

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan
                  3.  Bahasa
                     (a)  Struktur ayat yang betul serta mudah difahami.
                     (b)  Tiada kesalahan tatabahasa yang ketara.
                     (c)  Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya.                                        Bab     1
                     (d)  Penanda wacana yang betul dan tepat.
                  4.  Pengolahan
                     (a)  Pengolahan isi hendaklah menarik dan dapat dikaitkan antara satu isi dengan isi yang lain.
                     (b)  Laras bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian dengan jenis karangan.
                     (c)  Pemerengganan wacana hendaklah tepat dan bersesuaian.


                  D   Strategi Menulis Karangan
                  1.  Karangan yang anda tulis sebaik-baiknya haruslah memenuhi kriteria yang berikut:
                     (a)  menepati kehendak soalan;
                     (b)  mengandungi cukup idea utama dan idea sokongan;
                     (c)  mempunyai susunan isi yang baik, iaitu isi yang penting didahulukan dan kemudian diikuti isi
                         yang kurang penting;
                     (d)  menggunakan bahasa baku;
                     (e)  menggunakan laras bahasa yang sesuai;
                     (f)  menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
                  2.  Sebelum mula menulis karangan, baca dan telitilah arahan soalan. Patuhi kata kunci yang digunakan,
                     contohnya Huraikan pendapat anda.

                  3.  Anda perlu meneliti bahan rangsangan yang dikemukakan sebelum memberikan pendapat tentang
                     bahan rangsangan tersebut.

                  4.  Kaitkan karangan anda dengan tajuk dan bahan rangsangan yang diberikan. Cara ini akan membolehkan
                     anda memahami kehendak dan skop soalan.
                  5.  Buat perancangan, iaitu fikirkan pendapat yang hendak anda kemukakan dan kemudian catat isi atau
                     pendapat tersebut sehingga menjadi tiga isi penting.
                  6.  Langkah selanjutnya, anda perlu merangka karangan dari aspek punca, masalah, kesan, atau akibat,
                     serta langkah atau usaha mengatasi. Walau bagaimanapun, aspek ini bergantung pada isu dan bahan
                     rangsangan yang dikemukakan.

                  7.  Kemudian, binalah rangka karangan. Rangka karangan anda seharusnya mengandungi:
                     (a)  Pendahuluan  –  Tulis  ayat  yang  berkaitan  dengan  kata  kunci  dengan  tajuk  dan  maksud  dalam
                         bahan rangsangan.
                     (b)  Isi-isi penting – Mengandungi maklumat dalam bahan rangsangan dan diperluas dengan
                         pengetahuan anda.
                     (c)  Penutup – Merupakan pandangan, cadangan, saranan, dan sebagainya untuk menyimpulkan idea
                         yang anda kemukakan.

                  8.  Anda boleh juga menjadikan tajuk bahan rangsangan yang dikemukakan itu sebagai panduan untuk
                     mengemukakan pendapat.

                  9.  Setelah yakin akan rangka karangan itu, mulakanlah penulisan karangan anda.
                 10.  Gunakan bahasa yang ringkas, tepat, dan padat supaya penulisan anda jelas dan memenuhi had
                     bilangan perkataan yang ditetapkan.



                                                                                                      3






         01 Focus SPM BM.indd   3                                                                       12/6/19   4:38 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11