Page 9 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 9

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan








         Bab     1







                           Menziarahi pesakit                                Bertegur sapa


                  Contoh         Jawapan Murid



                 Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada
                 berbagai  kaum. Pada zaman dahulu, penempatan penduduk antara kaum terpisah antara satu
                 sama lain mengikut pekerjaan yang mereka lakukan.  Misalnya masyarakat Melayu tinggal di
                 kampung-kampung sebagai petani, masyarakat India tinggal di ladang-ladang getah, manakala
                 kaum Cina  menetap  di kawasan  bandar  dan lombong  bijih  timah.    Situasi tersebut  walau
                 bagaimanapun kian berubah apabila semakin banyak kawasan perumahan baru dibuka. 
                        Cara hidup penduduk masa kini banyak dipengaruhi oleh bidang pekerjaan masing-
                 masing.  Bagi  pekerja  pejabat  contohnya,  mereka  akan  keluar  pada  awal  pagi  dan  pulang  ke
                 rumah pada lewat petang. Setengah  daripada mereka mengambil sikap tidak mengambil tahu
                 tentang perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Oleh itu, beberapa langkah perlu
                 diambil  agar dapat menimbulkan kemesraan dan hubungan baik di kalangan masyarakat 
                        Antara aktiviti yang dapat dilakukan seperti membersihkan kawasan tempat tinggal,
                 terutamanya di kawasan awam yang menjadi milik masyarakat bersama seperti balai raya dan
                 taman permainan secara bergotong-royong.
                        Selain itu, penduduk setempat boleh mengadakan Hari Keluarga dengan menjadikan
                 sukaneka sebagai  acara  utama.  Penduduk harus menghadirkan  diri  sama  ada sebagai  peserta
                 ataupun sebagai penonton. Dengan cara ini, kemesraan antara mereka dapat dijalin. Aktiviti ini
                 perlu dirancang supaya semua penduduk dapat hadir, misalnya dengan mengadakan aktiviti pada
                 masa cuti umum apabila semua orang tidak bekerja. 
                        Untuk menjaga kawasan tempat kediaman pula, mereka boleh melakukannya secara
                 bergilir-gilir menjaga pada waktu malam dengan mengambil bahagian dalam Rukun Tetangga.
                 Dengan cara ini, kawasan kediaman mereka terhindar daripada kes pecah rumah atau kecurian
                 yang lazimnya melakukan  pada waktu tersebut.
                        Hubungan baik antara kaum juga dapat dijalin melalui amalan kunjung-mengunjungi
                 pada hari perayaan. Konsep rumah terbuka yang kerap diadakan pada musim perayaan oleh
                 penduduk yang menyambut perayaan tersebut membolehkan tetamu yang berlainan bangsa dan
                 agama turut meraikan perayaan itu bersama-sama.
                        Sikap  penyayang  dan  mengambil  berat  tentang  masalah  masyarakat  setempat  perlu
                 diterapkan, misalnya menziarahi jiran yang sakit. Budaya bertegur sapa dengan jiran harus
                 dijadikan amalan setiap hari bagi merapatkan hubungan.



                  6






         01 Focus SPM BM.indd   6                                                                       12/6/19   4:38 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14