Page 10 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 10

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan
                          Sebagai rakyat sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat
                   yang saling berkompromi. Oleh itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan pihak swasta penting dalam
                   mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan makmur.                                        Bab     1


                Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan
                  Kelemahan dari segi persembahan, iaitu ayat pertama sepatutnya ditulis ke dalam sedikit bagi
                    menunjukkan perenggan dan kesalahan dari segi bahasa, iaitu  berbagai yang sepatutnya ditulis
                    pelbagai/berbagai-bagai.
                  Kesalahan dari segi bahasa, iaitu ayat pasif kata ganti diri ketiga sepatutnya disertai dengan kata
                    bantu oleh  dan imbuhan di…kan.  Ayat  tersebut sepatutnya ditulis  …  mengikut pekerjaan yang
                    dilakukan oleh mereka.
                  Kelemahan dari segi persembahan, iaitu pendahuluan terlalu panjang dan tidak menjurus kepada
                    tajuk.
                  Kelemahan dari segi persembahan, iaitu ayat tersebut masih berkisar tentang pendahuluan.
                  Kesalahan dari segi bahasa, iaitu kata bilangan Setengah  merupakan kata bilangan pecahan yang
                    menunjukkan benda yang terpecah-pecah. Kata bilangan yang betul ialah  Sesetengah, iaitu kata
                    bilangan tidak tentu yang menunjukkan manusia atau benda yang banyak tetapi tidak tentu
                    bilangannya.
                  Kesalahan dari segi tanda baca, iaitu tiada tanda noktah atau tanda titik di akhir ayat.
                  Kelemahan dari segi persembahan, iaitu penggunaan frasa yang tidak perlu dan membazir. Ayat
                    itu sebaik-baiknya berakhir dengan frasa … pada masa cuti umum.
                  Kesalahan dari segi bahasa, iaitu imbuhan. Perkataan yang tepat adalah  berlaku, bukannya
                    melakukan.


                    Contoh         Jawapan Pemeriksa


                  Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada
                  pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mengambil sikap tidak
                  mengambil tahu tentang perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Oleh itu, beberapa
                  langkah perlu diambil agar dapat menimbulkan kemesraan dan hubungan baik dalam kalangan
                  masyarakat.
                       Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan tempat tinggal,
                  terutamanya di kawasan awam yang menjadi milik masyarakat bersama seperti balai raya dan
                  taman permainan secara gotong-royong.
                       Selain itu, penduduk setempat boleh mengadakan Hari Keluarga dengan menjadikan
                  sukaneka sebagai acara utama. Penduduk harus menghadirkan diri sama ada sebagai peserta
                  ataupun sebagai penonton. Dengan cara ini, kemesraan antara mereka dapat dijalin. Aktiviti ini
                  perlu dirancang supaya semua penduduk dapat hadir, misalnya dengan mengadakan aktiviti pada
                  masa cuti umum.
                       Untuk menjaga kawasan tempat kediaman pula, mereka boleh melakukannya secara bergilir-
                  gilir pada waktu malam dengan mengambil bahagian dalam Rukun Tetangga. Dengan cara ini,
                  kawasan kediaman mereka terhindar daripada kes pecah rumah atau kecurian yang lazimnya
                  berlaku pada waktu tersebut.




                                                                                                      7






         01 Focus SPM BM.indd   7                                                                       12/6/19   4:38 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15