Page 17 - PWR UP TG2 BM
P. 17

Bahasa Melayu  Tingkatan 2  Unit 21
            PBD    Kemahiran Membaca         SP 2.2.2                                                       TP
            PBD
            PBD
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis pesanan yang terdapat dalam petikan tentang
           peranan yang harus dimainkan oleh para remaja untuk mengukuhkan semangat perpaduan di negara
           ini.   KBAT  Menganalisis



              Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara, lebih-lebih lagi negara yang berbilang kaum. Hal ini
              demikian kerana, perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju.
              Sebagai pewaris negara, remaja harus  memainkan peranan untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka
              hendaklah memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
                   Setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan
              sebaya.  Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang
              budaya dan agama. Di samping itu, remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang
              sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan daripada bangsa dan agama yang lain.
                   Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam
              kehidupan seharian. Mereka hendaklah menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dalam kehidupan
              mereka.  Misalnya dalam sesuatu perayaan, remaja mestilah turut merayakan perayaan yang disambut oleh
              rakan-rakan mereka.
                   Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan mementingkan
              kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lain. Mereka
              hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat
              diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat
              perpaduan yang rapuh.






                            Antara pesanan yang terdapat dalam petikan di atas ialah setiap remaja mestilah
                            mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.
                            Mereka hendaklah menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar
                            belakang budaya dan agama. Selain itu, remaja juga mestilah mengasimilasikan budaya

                            pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri
                            daripada mementingkan diri dan bersikap mementingkan kelompok etnik sendiri.










                    AKTIVITI                                                        PAK-21     Fikir-Pasang-Kongsi
                   Guru memberikan tajuk “Cara-cara Memupuk Perpaduan” kepada murid.
                   Secara individu, murid berfikir tentang topik yang diberikan dalam jangka masa tertentu.
                   Apabila masa telah tamat, murid berkongsi idea dengan pasangannya.
                   Kemudian, mereka diminta untuk berkongsi maklumat yang diperoleh dengan keseluruhan kelas.




              Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
            Murid dapat…
            •  memahami maklumat yang terdapat dalam bahan yang   •  menaakul maklumat yang berbentuk pesanan daripada petikan yang dibaca
              dibaca
                                                         •  memberikan respons yang betul


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                      42
   12   13   14   15   16   17   18