Page 12 - PWR UP TG2 BM
P. 12

Tema 2: Menimba Ilmu
            UNIT
                           3              Indahnya Menuntut Ilmu







                                                                                              Buku teks ms. 14 – 20


              PBD
              PBD    Kemahiran Mendengar dan Bertutur           SP 1.6.1
              PBD
                                                                                                              TP
             .................................................................................................................. .
             Dengar dan fahami petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah ini
             berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui petikan yang didengar.    KBAT   Menganalisis
               1.  Mengapakah kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan maya di negara kita?                  Track 2
                   Kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan maya di negara kita adalah untuk memartabatkan sistem
                  pendidikan negara agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju.


               2.  Apakah takrifan pendidikan maya?
                  Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan
                  penggunaan teknologi dan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


               3.  Mengapakah ada antara pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi walaupun
                  memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan?
                  Ada antara pelajar tidak dapat melanjutkan  pelajaran di institusi pengajian tinggi walaupun memperoleh

                  keputusan yang baik dalam peperiksaan kerana kemudahan  seperti bilik kuliah dan tenaga pengajar  yang
                  agak terhad.


               4.  Berdasarkan petikan, nyatakan kebaikan pembelajaran secara maya ini.
                  Berdasarkan petikan, kebaikan pembelajaran secara maya ini ialah memberikan peluang yang lebih luas
                  kepada masyarakat untuk melanjutkan pelajaran membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu

                  terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas, memudahkan para pelajar melakukan perbincangan

                  pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dan turut membuka peluang kepada para pelajar untuk
                  berinteraksi menggunakan Internet yang secara tidak langsung dapat menjimatkan masa para pelajar.




                      AKTIVITI                                                       PAK-21      Fikir-Pasang-Kongsi


                      Murid-murid diminta untuk duduk secara berpasangan.
                      Murid-murid diberikan tajuk untuk dibincangkan.
                      Secara berpasangan murid-murid memberikan respons secara bergilir-gilir dengan menulis isi-isi
                     yang relevan di atas kertas yang sama dengan menggunakan pen yang sama.
                      Seorang murid akan ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan.




                Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
              Murid dapat…
                                                                  •  menjawab soalan-soalan berdasarkan maklumat yang didengar
              •  mendengar dan memahami petikan yang didengar melalui audio
                                                                    dengan menggunakan ayat yang gramatis
                                                                5                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17