Page 13 - PWR UP TG2 BM
P. 13

Bahasa Melayu  Tingkatan 2  Unit 3
            PBD
            PBD
            PBD    Aspek Seni Bahasa        SP 4.4.2                                                        TP
           Baca pantun di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul.





                                               Pantun Menimba Ilmu

                                             Tumbuh melata si pokok tebu,
                                                  Pergi ke  pasar membeli daging;
                                             Banyak harta tiada ilmu,
                                                  Bagai rumah tidak berdinding.



                                             Kemumu di tengah pekan,
                                                  Dihembus angin jatuh ke bawah;
                                             Ilmu yang tidak diamalkan,
                                                  Bagai pohon tidak berbuah.



                                             Budak-budak berkejar-kejar,
                                                  Rasa gembira bermain di sana;
                                             Kalau kita rajin belajar,
                                                  Tentu kita akan berjaya.


                                             Banyak orang menggali perigi,
                                                  Ambil buluh lalu diikat;
                                             Ilmu dicari tak akan rugi,
                                                  Buat bekalan dunia akhirat.


                                             Parang tajam tidak berhulu,
                                                  Buat menetak si pokok ru;
                                             Waktu belajar tekun selalu,
                                                  Jangan ingkar nasihat guru.









                    AKTIVITI                                                             PAK-21      Meja Bulat


                   Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
                   Guru meminta setiap kumpulan mencari maksud setiap rangkap pantun di atas dalam masa 10
                   minit.
                   Setelah masa tamat, setiap kumpulan berkongsi idea dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
                   Guru akan menilai dan mengumumkan hasil dapatan kumpulan yang paling tepat.






              Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
            Murid dapat…
            •  mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi, dan nada secara kreatif



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       6
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18