Page 37 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 37
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
BAHAGIAN B Soalan Esei
BAB
1 Jawab semua soalan.
1 (a) Berikan maksud buruh dan usahawan. [2]
(b) Terangkan empat perbezaan antara buruh dengan usahawan. [8]
2 (a) Jelaskan tiga masalah asas ekonomi. [6]
(b) Berbantukan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara barang pengeluar dengan barang
pengguna. [4]
3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? [2]
(b) Terangkan bagaimana kaitan kos lepas meningkat dengan keluk kemungkinan pengeluaran. [8]
4 (a) Nyatakan dua andaian untuk membentuk keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan pilihan komposisi barang modal dan barang pengguna
terhadap keluk kemungkinan pengeluaran masa depan. [8]
5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan
pusat? [2]
(b) Terangkan empat perbezaan ciri antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi
perancangan pusat. [8]
6 Huraikan lima sebab kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi pasaran bebas. [10]
BAHAGIAN C Soalan Kuantitatif
Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.
1 Sebuah negara mengeluarkan dua barang iaitu barang S dan barang T. Faktor pengeluaran di negara
tersebut boleh mengeluarkan 12 unit barang S dan 6 unit barang T.
(a) (i) Berikan maksud kos lepas malar. [1]
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) Jika negara tersebut mengeluarkan 2 unit barang T, berapakah barang S yang dapat dikeluarkan?
[1]
(c) Sekiranya barang T ditambah daripada 2 unit kepada 3 unit, berapakah kos lepas? [2]
(d) Bolehkah negara tersebut mengeluarkan 6 unit barang S dan 4 unit barang T? Berikan alasan anda.
[2]
(e) Jika berlaku kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang S, pengeluaran barang S meningkat
sebanyak 50%. Pada gambar rajah yang sama, lukis keluk kemungkinan yang baharu. [2]
34
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 34 3/27/18 4:31 PM

