Page 32 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 32

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
               5  Eksternaliti yang negatif
                 Eksternaliti negatif adalah kesan luaran negatif akibat daripada                           BAB
                 perkembangan industri yang tidak terkawal dan sikap sesetengah
                 pengeluar yang mengabaikan kesan sampingan kerana terlalu                                 1
                 mementingkan keuntungan. Contohnya ialah pencemaran alam sekitar.
                 Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa dan lain-lain
                 bahan yang mencemarkan persekitaran merupakan kos sosial kepada
                 masyarakat.
               6  Pembaziran sumber akibat persaingan yang tidak sihat
                 Persaingan yang hebat antara pengeluar menyebabkan para pengeluar
                 melakukan pelbagai cara untuk mempengaruhi pengguna membeli
                 barangan mereka. Contohnya aktiviti promosi barang melalui
                 pengiklanan. Aktiviti ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan
                 kadangkala membazirkan sumber yang terhad.
               7  Kebajikan masyarakat diabaikan
                 Dalam sistem ekonomi  pasaran  bebas,  semua keputusan  ekonomi
                 yang dibuat berdasarkan kepada kepentingan individu sendiri
                 tanpa menghiraukan kebajikan masyarakat. Para pengeluar hanya
                 akan mengeluarkan barangan yang memberikan keuntungan yang
                 maksimum sahaja. Mereka tidak akan mengeluarkan sesuatu barangan
                 jika pengeluaran itu tidak menguntungkan walaupun barangan tersebut
                 merupakan barangan yang perlu dan penting bagi masyarakat umum.
               8  Salah peruntukan sumber
                 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, barangan tidak dikeluarkan untuk
                 tujuan memenuhi keperluan asas masyarakat. Sumber pengeluaran
                 lebih banyak digunakan untuk mengeluarkan barang-barang mewah
                 yang sering dikehendaki oleh golongan yang kaya. Oleh itu, barang-
                 barang keperluan asas kurang dikeluarkan. Hal ini disebabkan golongan
                 kaya sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan ini,
                 harga pasaran dipengaruhi oleh golongan kaya dan bukannya golongan
                 miskin. Oleh sebab para pengeluar dalam sistem ekonomi pasaran
                 bebas sentiasa berpandukan kepada harga pasaran apabila menjalankan
                 proses pengeluaran, maka akan berlakulah salah peruntukan sumber-
                 sumber dalam ekonomi secara keseluruhannya.


             Perlunya Campur Tangan Kerajaan dalam Sistem Ekonomi                        ‘12
             Pasaran Bebas
                                                                                   Hasil Pembelajaran
             Oleh sebab dalam sistem ekonomi pasaran terdapat beberapa kelemahan   Menjelaskan perlunya
             yang tidak dapat diatasi oleh sistem pasaran itu sendiri, maka ini mendorong   campur tangan kerajaan
             kerajaan untuk campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Antara sebabnya   dalam sistem ekonomi
             ialah:                                                                pasaran bebas.
               1  Mencapai kestabilan ekonomi
                 Kebebasan individu membuat keputusan ekonomi dan tiada kawalan
                 kerajaan menyebabkan harga barang menjadi tidak stabil. Harga barang



                                                                                                     29





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   29                                                         3/27/18   4:31 PM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37