Page 33 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 33
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
mengalami peningkatan dan penurunan. Ekonomi juga mengalami
BAB masalah ekonomi melambung yang menyebabkan inflasi dan masalah
1 ekonomi meleset yang menyebabkan masalah pengangguran. Maka,
keadaan ini menyebabkan perlunya kerajaan campur tangan agar
masalah-masalah tersebut dapat diatasi dan ekonomi menjadi stabil.
Campur tangan kerajaan boleh dilaksanakan melalui dasar kewangan
atau dasar fiskal.
2 Mengawal kuasa monopoli
Persaingan bebas yang ada dalam sistem pasaran bebas mewujudkan
kuasa monopoli. Pengeluar yang berjaya menguasai pasaran akan
memonopoli pasaran. Secara umumnya, apabila firma memonopoli
pasaran, firma bebas menentukan harga barangan. Firma akan
meletakkan harga yang tinggi bagi mendapatkan keuntungan yang
Sebab kerajaan perlu campur tinggi. Ini akan menjejaskan kebajikan pengguna. Oleh itu, perlunya
tangan dalam sistem pasaran kerajaan campur tangan agar kebajikan pengguna tidak terabai.
bebas
• Mencapai kestabilan
ekonomi 3 Mengurangkan jurang agihan pendapatan
• Mengawal kuasa monopoli Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, berlaku jurang agihan yang besar
• Mengurangkan jurang agihan
pendapatan dalam kalangan masyarakat. Sebahagian kecil golongan kaya hidup
• Menyediakan barang awam dalam kemewahan dan sebahagian besar golongan miskin hidup dalam
• Mengurangkan kesan keadaan yang serba kekurangan. Oleh itu, keadaan ini perlu diubah
eksternaliti negatif
melalui campur tangan kerajaan agar golongan miskin dapat mengubah
kehidupannya melalui pemberian bantuan dan subsidi. Manakala orang
yang berpendapatan tinggi dikenakan kadar cukai yang tinggi. Cukai
yang diperoleh oleh kerajaan boleh digunakan untuk menyediakan
kemudahan awam untuk semua masyarakat.
4 Menyediakan barang awam
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, barang awam tidak disediakan.
Hal ini adalah kerana objektif pengeluaran pihak swasta adalah
untuk memaksimumkan keuntungan. Penyediaan barang awam tidak
mendatangkan keuntungan. Maka, kebajikan masyarakat akan terabai.
Contoh barang awam ialah jalan raya, sekolah, hospital, dan sebagainya.
Oleh itu, perlunya kerajaan campur tangan agar barang-barang tersebut
dapat disediakan.
5 Mengurangkan kesan eksternaliti negatif
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, motif pengeluaran adalah
untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi tanpa mengambil kira
kesan eksternaliti yang wujud. Tanggungjawab sosial diabaikan
oleh pengeluar. Antara kesan eksternaliti negatif yang berlaku ialah
pencemaran air dan pencemaran udara. Maka, kerajaan perlu campur
tangan untuk mengurangkan kesan negatif yang ditanggung oleh
masyarakat. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
adalah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tertentu
serta penggunaan teknologi mesra alam.
30
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 30 3/27/18 4:31 PM

