Page 34 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 34
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Rumusan
BAB
1 Ekonomi dapat didefinisikan sebagai satu bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan 1
sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
2 Sumber-sumber ekonomi terdiri daripada tanah, buruh, modal, dan usahawan.
3 Barang-barang boleh dikelaskan kepada barang percuma, barang ekonomi, barang awam, barang
persendirian, barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna.
4 Masalah kekurangan, pilihan, dan kos lepas berlaku dalam aspek penggunaan barang dan sumber.
5 Masalah asas ekonomi terdiri daripada
(a) apa dan berapa yang hendak dikeluarkan (berkaitan dengan penentuan jenis dan jumlah kuantiti
pengeluaran).
(b) bagaimana hendak dikeluarkan (berkaitan dengan penentuan teknik pengeluaran).
(c) untuk siapa dikeluarkan (berkaitan dengan agihan pendapatan).
6 Keluk kemungkinan pengeluaran ialah satu keluk yang menunjukkan had kombinasi maksimum dua barang
yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi semasa guna tenaga penuh pada tingkat teknologi tertentu.
7 Andaian dalam analisis keluk kemungkinan pengeluaran ialah
(a) hanya dua jenis barang sahaja yang dikeluarkan
(b) teknologi yang digunakan tidak berubah
(c) ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh
(d) faktor pengeluaran adalah tetap.
8 Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep yang berikut:
(a) Kekurangan, pilihan, dan kos lepas (malar dan meningkat)
(b) pengangguran, agihan barang, dan pertumbuhan ekonomi
9 Perubahan keluk kemungkinan boleh disebabkan oleh faktor berikut:
(a) Perubahan anugerah sumber
(b) Perubahan teknologi
(c) Perubahan komposisi barang modal dan barang pengguna
10 Sistem ekonomi terdiri daripada sistem ekonomi pasaran bebas, ekonomi perancangan pusat, ekonomi
campuran, dan ekonomi Islam.
PRAKTIS STPM 1
BAHAGIAN A Soalan Aneka Pilihan C Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia
mengurus sumber ekonomi yang tidak
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling terhad bagi memenuhi kehendak yang
tepat. terhad
D Ilmu yang mengkaji aktiviti manusia
1 Yang manakah pernyataan yang benar tentang membuat keputusan ekonomi bagi
ilmu ekonomi? mengeluarkan barang yang tidak
A Ilmu yang mengkaji tentang bagaimana terbatas
manusia memilih barang yang terhad
untuk mencapai keuntungan maksimum 2 Faktor yang menyebabkan unit ekonomi
B Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia membuat pilihan ialah
mengurus sumber ekonomi yang terhad A kekurangan sumber ekonomi
bagi memenuhi kehendak yang tidak B kehendak manusia yang terbatas
terhad C pengeluaran dilakukan oleh firma
D pengeluaran melibatkan kos lepas
31
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 31 3/27/18 4:31 PM

