Page 11 - PWR UP SEJARAH TG1
P. 11

Pengenalan Ilmu Sejarah
         BAB
                      1                 Mengenali Sejarah











                            REVISI
             ................................................................................................................ .


               Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
                •  Herodotus
                  Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
                •  E. H. Carr
                  Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan
                  antara masa kini dengan masa lampau.
                •  Ibn  Khaldun
                  Perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat
                  masyarakat itu.
                •  Khoo Kay Kim
                  Apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada
                  masa kini dan menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.
                •  Muhd Yusof  Ibrahim
                  Catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu  masa lalu.


               Sumber Sejarah

                                            Sumber primer
                                         Bersifat asli, belum ditafsir, diolah, atau dicetak. Fosil, artifak,  batu bersurat, fail rasmi
                                         jabatan, dokumen rasmi,  surat peribadi, diari dan manuskrip.


                                           Sumber sekunder

                                         Bahan yang diolah, diterbitkan dan tersebar kepada umum. Buku, jurnal, ensiklopedia,
                                         akhbar dan risalah.



               Penyelidikan dalam  Sejarah


                              Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang ditulis, dipahat, dan
                Kaedah   =    dilakar. Tulisan tertua di Asia Tenggara dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada
                bertulis      kulit kayu, gading dan daun lontar. Dikaji juga daripada catatan harian seseorang, diari, catatan
                              pengembara, dan fail rasmi kerajaan.



                Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang ditemu bual digelar orang sumber.   =  Kaedah
                Orang sumber memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.              lisan





                Kaedah        Merupakan kajian secara saintifik untuk mencari makklumat daripada bahan tinggalan sejarah.
                arkeologi  =  Menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi terhadap bahan tinggalan sejarah seperti fosil,
                              tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.





                                                               1                                  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





     01 (EG) POWER UP Sej Ting 1.indd   1                                                                     14/10/2020   1:09 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16