Page 30 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 30
Pengajian Am Semester 2 STPM Karangan
Melahirkan masyarakat yang Cabaran yang berikutnya adalah untuk melahirkan masyarakat
tangkas dan anjal untuk yang tangkas dan anjal dalam menghadapi risiko-risiko yang wujud
menghadapi risiko-risiko yang dalam perniagaan global. Persekitaran antarabangsa penuh dengan
wujud dalam perniagaan global
ketidakpastian dan masyarakat harus bersedia untuk menghadapi apa-
apa jua perubahan yang datang. Pengetahuan tentang masalah dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
risiko-risiko tidak akan terhapus dengan k-ekonomi. Pengetahuan akan
menyediakan masyarakat untuk menerima hambatan-hambatan yang
akan datang dengan perubahan struktur ekonomi negara kepada sebuah
negara pencipta ataupun sebuah negara pemimpin dan bukan lagi negara
pengikut.
BAHAGIAN Kepentingan pengetahuan ekonomi negara? Masyarakat harus menyemai tanggapan tentang
Apakah potensi ekonomi yang berasaskan pengetahuan kepada
mengubah dunia dari aspek
3 ekonomi dan aspek lain kepentingan ilmu pengetahuan yang mampu mengubah dunia baik
dari aspek ekonomi mahupun aspek lain. Dalam jangka masa 25 tahun
sahaja negara Jepun beralih daripada sebuah negara yang hampir musnah
akibat peperangan menjadi sebuah negara yang dihormati dunia dari
segi pembangunan teknologi dan intelek. Tanggapan bahawa negara kita
tidak mempunyai kemampuan atau kapasiti untuk berbuat demikian
harus dikikis dan digantikan dengan keyakinan terhadap kebolehan
sendiri untuk berbuat demikian. Nescaya, negara kita mampu beralih
kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan.
Persekitaran perniagaan yang sesuai mendasari kemajuan serta
Persekitaran perniagaan yang
sesuai membawa perkembangan yang diinginkan oleh setiap warga. Persoalannya,
bagaimanakah kita hendak mencapai persekitaran perniagaan yang
sesuai serta mampu menjana perkembangan ekonomi? Hal ini dapat
direalisasikan dengan melengkapkan diri kita sendiri dengan pelbagai
pengetahuan yang diperlukan. Dengan memiliki pengetahuan, setiap
warga akan mudah memahami kaedah melahirkan persekitaran yang sihat
serta menyediakan diri sendiri bagi menghadapi dunia perniagaan global
yang penuh dengan cabaran. Sebagai sebuah masyarakat yang dibina atas
pengetahuan, sudah pasti kita boleh mencapai matlamat utama untuk
meningkatkan perkembangan ekonomi.
Keutamaan kepada k-ekonomi semakin mendapat perhatian daripada
Penutup
semua pihak. Perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara yang
telah berjaya melaksanakan k-ekonomi menunjukkan jurang yang besar.
Peratusan penglibatan bidang-bidang seperti teknologi maklumat, guna
tenaga, penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya adalah masih
kecil. Kita masih jauh ketinggalan dan semua pihak harus berganding
bahu untuk memastikan kejayaan rancangan k-ekonomi.
Isi ekstra
Merapatkan jurang ekonomi yang menjadi penghalang
• Perlu membuat satu penilaian kritikal tentang rintangan yang dihadapi
• Dasar-dasar diperlukan untuk menjadikan peralihan k-ekonomi
mudah dan lancar
• Menyediakan satu tanda aras sebagai panduan umum
188
STPM PA P2_Bhg 3.indd 188 1/28/22 8:48 AM

