Page 25 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 25

Pengajian Am Semester 2  STPM  Karangan
                 kelemahan diri dan tidak mahu melengkapkan diri dengan perwatakan
                 yang murni. Individu yang tidak ada pegangan teguh mudah terganggu
                 dan  dipengaruhi  oleh  elemen  yang  tidak  sihat  dan  mudah  goyah  serta
                 hidup tanpa prinsip. Oleh itu, untuk mencapai objektif pelan ini, sifat dan
                 ciri perwatakan seseorang harus dibina dan diperkasakan.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    Kepimpinan  melalui  teladan  merupakan  slogan  yang  hampir  sama   Kepimpinan
                 dengan  peribahasa  bapa  borek  anak  rintik.  Kepimpinan  yang  lemah
                 dan  tidak  berwawasan  akan  melahirkan  organisasi  yang  dipenuhi  oleh
                 kakitangan yang sama. Hal ini melemahkan integriti organisasi. Sebaliknya,
                 kepimpinan yang autokratik juga menggagalkan pelan ini. Kepimpinan
                 autokratik sering menindas kakitangan bawahan menyebabkan timbulnya                            BAHAGIAN
                 perasaan tidak puas hati dan kemungkinan berdendam sehingga mereka
                 tidak  mengendahkan  perkembangan  organisasi  malahan  berhasrat                            3
                 sebaliknya.
                    Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan integriti dalam   Penutup
                 semua  bidang  bagi  mencapai  kemajuan  negara  menjelang  negara  maju
                 pada tahun 2020.







                Karangan
                    3      Pendermaan dan pemindahan organ bukanlah suatu
                           perkara baharu dalam dunia perubatan di Malaysia tetapi
                           kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
                           kepentingan menderma organ masih pada peringkat yang
                           amat rendah.
                           Cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk
                           meningkatkan kesedaran pendermaan dan pemindahan
                           organ.




                                          Isi-isi penting
                    1  Pihak kerajaan harus berganding bahu dengan media massa
                     •  Menyebarkan  maklumat  secara  berterusan  tentang  betapa
                       perlunya organ didermakan
                     •  Temu bual dengan pesakit yang memerlukan organ
                     •  Risalah-risalah harus mudah diperoleh
                    2  Peranan badan-badan agama
                     •  Pendermaan  organ  digalakkan  kerana  dapat  menyelamatkan
                       orang lain











                                                                                                        183






         STPM PA P2_Bhg 3.indd   183                                                                    1/28/22   8:48 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30