Page 27 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 27
Pengajian Am Semester 2 STPM Karangan
berlaku walaupun pemindahan hanya akan dilakukan selepas seseorang
itu disahkan telah meninggal dunia. Kecacatan mayat yang digambarkan
selepas pendermaan organ menyebabkan banyak orang yang enggan
mendermakan organ mereka. Untuk mengatasinya, pihak kerajaan harus
berganding bahu dengan media massa untuk menyebarkan kepentingan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pendermaan organ. Temu bual dengan pesakit yang memerlukan organ
boleh disiarkan secara terus-menerus.
Banyak yang menganggap bahawa pendermaan organ melanggar Peranan badan-badan agama
hukum agama. Dalam hal ini, badan-badan agama boleh memainkan
peranan efektif untuk memberikan penjelasan mengikut agama masing-
masing. Daripada perspektif keagamaan, sebenarnya pendermaan BAHAGIAN
organ digalakkan kerana mendermakan organ merupakan usaha
untuk menyelamatkan orang lain. Sifat ini merupakan satu sifat yang 3
mulia. Badan-badan agama harus membantu pihak yang berkenaan
menggalakkan penganut-penganutnya mendaftarkan diri sebagai
penderma. Semua penganut agama harus diterangkan tentang kemuliaan
menawarkan diri sebagai penderma. Pendidikan agama sememangnya
boleh memainkan peranan yang sangat berkesan dalam meningkatkan
kesedaran orang ramai tentang program pendermaan organ atau tisu.
Ibu bapa juga perlu menyokong anak-anak yang ingin men dermakan Sokongan ibu bapa
organ atau tisu mereka. Malahan ibu bapalah yang boleh memberikan
anak-anak mereka galakan yang kuat untuk mengambil tindakan yang
mulia ini. Ibu bapa patut memberikan penerangan kepada anak-anak
tentang kebaikan pendermaan organ. Ibu bapa juga boleh menjadi teladan
yang baik kepada anak-anak mereka dengan mendaftarkan diri sebagai
penderma. Dengan adanya galakan dan sokongan padu daripada ibu
bapa dan keluarga, sudah tentu anak-anak akan berasa lebih yakin akan
keputusan mereka untuk mendermakan organ.
Pihak swasta juga perlu bersama-sama meningkatkan kesedaran Peranan pihak swasta
mendermakan organ atau tisu yang sihat kepada mereka yang memerlukan.
Pihak swasta boleh melibatkan diri dalam menganjurkan seminar atau
mengundang persatuan pendermaan organ untuk memberikan ceramah
dan menerangkan dengan jelas dan tepat tentang pendermaan organ.
Pelbagai insentif boleh diberikan kepada pekerja yang mendaftarkan
diri sebagai penderma. Insentif baik berbentuk sokongan moral ataupun
faedah kewangan akan membantu menggalakkan orang ramai memikirkan
keperluan mendermakan organ mereka.
Selain ibu bapa, guru juga merupakan individu yang sangat Peranan guru-guru di sekolah
berpengaruh dalam meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar tentang
kepentingan pendermaan organ. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Kesedaran ini hendaklah dipupuk dalam diri
seseorang individu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Dengan peranan
yang dimainkan oleh guru-guru ini tidak mustahil kesedaran pelajar
untuk menderma organ semakin meningkat. Guru juga perlu menerapkan
nilai murni dalam diri pelajar supaya membantu orang yang memerlukan
bantuan.
185
STPM PA P2_Bhg 3.indd 185 1/28/22 8:48 AM

