Page 29 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 29
Pengajian Am Semester 2 STPM Karangan
4 Kepentingan pengetahuan mengubah dunia dari aspek
ekonomi dan aspek lain
• Tanpa pengetahuan, seseorang diibaratkan hidup seperti
katak di bawah tempurung
• Mesti membentuk satu tanggapan bahawa orang yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
berpengetahuan mampu mengubah dunia
• Tanggapan negara tidak mempunyai kemampuan atau
kapasiti untuk berbuat demikian harus dikikis
• Kepercayaan kepada kebolehan sendiri untuk membuat
perubahan
• Negara mampu beralih kepada ekonomi yang berasaskan BAHAGIAN
pengetahuan
5 Persekitaran perniagaan yang sesuai 3
• Mendasari kemajuan serta membawa perkembangan
• Melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai pengetahuan yang
diperlukan
• Dengan pengetahuan, kaedah mewujudkan persekitaran yang
sihat dapat difahami
• Menyediakan diri dalam menghadapi dunia perniagaan global
yang penuh dengan cabaran
Karangan Contoh
Rancangan K-Ekonomi merupakan persiapan Malaysia untuk Pendahuluan
menghadapi ekonomi dunia yang lebih hebat dan mencabar dalam
abad ke-21. Matlamat untuk mencapai kemajuan serta meningkatkan
pencapaian negara pada hakikatnya berhadapan dengan beberapa cabaran.
Masyarakat Malaysia kurang mengamalkan amalan membaca. Tanpa Masyarakat Malaysia kurang
budaya membaca, sudah pasti rancangan k-ekonomi gagal direalisasikan. membaca
Ilmu menjadi asas kepada pencapaian ekonomi serta membawa
perkembangan ekonomi secara amnya. Ilmu mesti dikejar dan diperoleh
melalui pembelajaran sepanjang hayat. Cabaran ini kelihatan seperti satu
usaha yang amat sukar, namun dengan sikap yang tegas dan teguh, nescaya
pencarian dan penimbaan ilmu pengetahuan akan menjadi sebati dengan
masyarakat.
Untuk memastikan kejayaan rancangan k-ekonomi, persekitaran Pembekalan guna tenaga yang
perniagaan yang sesuai dan pembekalan guna tenaga yang mencukupi mencukupi
adalah penting. Tambahan pula, guna tenaga yang dibekalkan mesti juga
mempamerkan motivasi dan sikap yang positif, mempunyai komitmen
yang tinggi kepada kerjaya serta sekurang-kurangnya telah mencapai tahap
pendidikan yang sesuai. Sifat keusahawanan akan mendorong seseorang
untuk sentiasa memperbaik diri dan mencari peluang-peluang untuk
memajukan diri sendiri. Guna tenaga yang dinamik dan berwawasan
terutama sekali dalam dunia perniagaan akan banyak membantu
merealisasikan Rancangan K-Ekonomi.
187
STPM PA P2_Bhg 3.indd 187 1/28/22 8:48 AM

