Page 14 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 14
Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera
Susunan Negara Keseluruhan Lelaki Perempuan
1 Jepun 82.7 79.0 86.1
3 Switzerland 82.1 80.0 84.2
5 Itali 82.0 79.4 84.5
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
BAHAGIAN
8 Singapura 81.0 79.0 83.0
10 Sweden 80.9 78.7 83.0
14 United Kingdom 80.1 78.1 82.1 2
38 Amerika Syarikat 78.2 75.6 67
67 Malaysia 74.2 72.0 76.7
(a) Satu daripada petunjuk sesebuah negara maju atau tidak adalah
berdasarkan jangka hayat hidup rakyat. Lebih tinggi kadar
panjang umur bermaksud lebih maju negara itu kerana sebagai
sebuah negara maju, pelbagai infrastruktur adalah moden dan
canggih.
(b) Kecanggihan infrastruktur kesihatan dan kualiti hidup
menjamin jangka hayat hidup yang lebih panjang berbanding
dengan negara-negara mundur yang menunjukkan jangka hayat
hidup yang lebih pendek.
(c) Oleh itu, untuk mengukur sama ada negara Malaysia telah
mencapai status negara maju, jadual di atas boleh digunakan
untuk memberikan gambaran.
10 Jumlah rakyat yang mendapat pendidikan tinggi
(a) Satu petunjuk penting dalam menilai sama ada sesebuah negara
maju atau tidak ialah jumlah rakyat yang mendapat pendidikan
tinggi. Peratusan penduduk yang mendapat pendidikan tertiari
akan menggambarkan kecemerlangan pendidikan negara dan ini
boleh dijadikan sebagai satu petunjuk pencapaian negara yang
sama taraf dengan negara maju.
(b) Dalam sesebuah negara maju pendemokrasian pendidikan
tinggi menjanjikan akses yang sama kepada semua rakyat.
Transformasi pengajian tinggi akan membawa kecemerlangan
pendidikan. Dijangka dalam fasa ke-3 dari tahun 2016 – 2020,
50% daripada rakyat dalam lingkungan umur 17 – 23 tahun
akan mendapat pendidikan tertiari dan 33% tenaga kerja adalah
daripada golongan berpendidikan tertiari.
11 Berdasarkan IKHM, aspek sosial dan budaya boleh dilihat daripada
beberapa indikator seperti pendidikan, kebudayaan dan liburan,
serta penyertaan sosial.
12 Subindeks pendidikan mencatat skor tertinggi, iaitu meningkat
kepada 120.4 pada tahun 2010. Hal ini disumbangkan oleh kadar celik
huruf, kadar penyertaan sekolah, nisbah guru: pelajar bagi sekolah
rendah dan menengah serta peratusan guru siswazah di sekolah
yang lebih baik. Kadar penyertaan prasekolah bagi kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun telah meningkat daripada 5.1 peratus pada
tahun 2000 kepada 44.5 peratus pada tahun 2010. Nisbah guru: pelajar
29
STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd 29 1/28/22 8:45 AM

