Page 29 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 29

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Penulisan

      Kesimpulan:
       Pihak          Murid-murid perlu

       Cadangan       Mengamalkan budaya membaca dalam diri masing-masing dari sekolah lagi
       Cadangan       Meningkatkan kemahiran membaca supaya proses pembacaan lebih berkesan

       Supaya         Amalan ini dapat dibudayakan / dipupuk dalam diri murid sehingga kekal
                      menjadi tabiat

       Peribahasa     Bangsa membaca bangsa berjaya
       Kesan          Membaca melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan menyumbang
                      kepada kemajuan dan ketamadunan masyarakat.



       B      Pidato

       Fokus Topik

       1.  Karangan pidato ialah sebuah karangan yang memerlukan penulis merangka sebuah penulisan yang akan disampaikan
          oleh pemidato di hadapan khalayak ramai.
       2.  Karangan ini memerlukan penulis merangka idea dan pendapat dalam bentuk penghujahan dan justifikasi pengucapan
          yang menggunakan bahasa berbudaya. Bahasa berbudaya merujuk penggunaan slogan, kiasan, peribahasa, gaya bahasa,
          petikan menarik, dan kata-kata ilmiah tokoh terkenal.
       3.  Terdapat format dan struktur karangan pidato yang khusus dan perlu diberikan penekanan, iaitu:
            (a)  Penggunaan kata alu-aluan kepada hadirin berdasarkan rujukan hormat gelaran penonton di lokasi majlis berkenaan
             berlangsung.
            (b)  Pendahuluan pidato dimulakan dengan sapaan salam atau ucapan kesyukuran.
             (c)  Kata  alu-aluan  kepada  pengerusi  majlis,  senarai  jemputan  kehormat,  para  hakim,  dan  hadirin  mengikut  susunan
             protokol majlis.
             (d)  Pembuka kata bertujuan untuk memberikan tarikan dan perhatian kepada pendengar sama ada melalui penggunaan
             isu semasa, pantun, sajak, syair, atau kata-kata hikmah.
             (e)  Penggunaan kata penghadapan gelaran umum boleh digunakan selang satu atau dua perenggan bagi menandakan
             permulaan dan penamat kepada hujah atau isi penyampaian pidato (Contohnya, Hadirin yang dihormati).
            (f)  Susun atur kerangka isi penulisan pidato meliputi susunan seperti penerangan takrif atau definisi konsep, penggunaan
             hujah atau idea yang mengikut turutan berserta huraian.
             (g)  Penutupan penulisan pidato mengikut tertib dan ucapan terima kasih.
                                                  Kata alu-aluan
          Selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, penjaga masa
          yang patuh akan detik masa, tuan pengetua, guru-guru serta rakan-rakan pewaris tunjang negara. Ayuh semua kita
          bersama-sama mencerna minda dengan tajuk pidato saya, “Pencemaran Alam Berpunca daripada Tangan Manusia”
          pada hari yang mulia ini.
          Hadirin yang saya hormati,         Kata penghadapan
               Ahli  sains  telah  mendefinisikan  pencemaran  alam  sebagai  satu    bentuk  kerosakan  atau  kesan  mudarat  yang
          dilakukan  oleh  manusia  kepada  alam  semula  jadi  melalui  penggunaan  bahan-bahan  yang  bersifat  merosakkan
          kejadian asal persekitaran berkenaan. Saya di sini ingin memberikan penekanan kepada frasa kerja penggunaan istilah
          “dilakukan oleh manusia” sebagai mukadimah awal pembuka kata saya untuk para hadirin fikirkan …………………
          …………………………………………………………………………………………………………………………………………
          Hadirin yang bijaksana,          Kata penghadapan
               Hujah  pertama  saya  ialah  …………………………………………………………………………………………………
          …………………………………………………………………………………………………………………………………………
               Sekian, terima kasih.




                                                  93                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd   93                                                 30/11/2022   12:14 PM
   24   25   26   27   28   29   30