Page 24 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 24
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Penulisan
lalu menyebabkan jangkitan kepada keluarga. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara
umumnya, jangkitan dapat dikurangkan sekiranya seseorang itu peka akan amalan penjagaan jarak
fizikal.
Seterusnya, kita haruslah duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Banyak kes
jangkitan berlaku apabila seseorang itu melawat saudara-mara atau melakukan aktiviti merentas
daerah atau negeri tanpa keperluan yang mendesak. Aktiviti merentas daerah dan negeri dapat
menyebabkan virus tersebar luas dari kawasan zon merah ke kawasan yang bebas daripada kes
COVID-19. Penyebaran ini menjadi semakin teruk apabila individu berkenaan tidak mengetahui
bahawa dirinya dijangkiti kerana tidak mempunyai simptom yang jelas. Perkara ini menyebabkan
wujudnya pelbagai kluster akibat aktiviti ziarah atau merentas negeri. Tindakan mereka ini ibarat
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Sememangnya, jangkitan ini mampu dicegah
hanya dengan sentiasa duduk di rumah.
Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlu berusaha untuk mematuhi semua peraturan
dan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya
masalah jangkitan COVID-19 ini dapat dikurangkan dan diatasi sepenuhnya. Kegagalan mematuhi
peraturan bukan sahaja menyebabkan berlakunya peningkatan kes, malah turut membahayakan
ahli keluarga dan orang tersayang, bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna. Selain membawa maut, masalah jangkitan COVID-19 ini turut memberikan kesan negatif
terhadap perkembangan ekonomi negara.
A Rencana
Fokus Topik
1. Karangan rencana memerlukan murid memberikan penekanan kepada aspek penerangan terhadap sesuatu topik,
peristiwa, atau isu berdasarkan fakta dan pandangan yang rasional.
2. Terdapat beberapa format dan struktur karangan rencana yang perlu diberikan penekanan, iaitu:
(a) Topik atau tajuk – Penulis perlu menulis topik atau tajuk karangan yang ringkas dan padat di tengah-
tengah sebelum permulaan perenggan pendahuluan. Selain itu, penulis perlu menulis setiap tajuk dengan
menggunakan huruf besar melainkan perkataan berkenaan melibatkan kata sendi nama atau kata hubung.
(b) Seterusnya, penulis perlu menulis nama di bahagian bawah topik atau tajuk yang telah ditulis. Biasanya
penggunaan kata sendi nama oleh ditulis sebelum nama penulis (Contohnya, Oleh: Ahmad Zainal Harun)
(c) Penulisan isi karangan rencana sama seperti penulisan karangan biasa. Setiap perenggan mengandungi idea
dan huraian yang berdasarkan fakta dan pendapat yang relevan dan rasional.
Punca-punca Pencemaran Sungai di Malaysia
Oleh: Ahmad Zainal Harun Tajuk dan nama penulis
Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan bencana pencemaran sisa kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 88
2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd 88 30/11/2022 12:14 PM

