Page 28 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 28
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Penulisan
Isi 1:
Topik Meningkatkan penguasaan kosa kata dan bahasa
Mengapa Membaca mampu merangsang perkembangan minda selain melatih pemahaman
dan pengetahuan terhadap penggunaan bahasa. Selain itu, aktiviti ini mampu
meningkatkan kosa kata dan pengetahuan maksud perkataan yang dibaca serta
membolehkan murid menggunakannya dalam penulisan.
Bagaimana Apabila seseorang murid banyak membaca, berlaku proses penyimpanan
maklumat kosa kata dalam memori murid berkenaan. Semakin banyak membaca,
semakin banyak maklumat dan pengetahuan berkaitan kosa kata yang disimpan.
Akibat Maklumat tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia
ada sekiranya murid berkenaan memerlukannya sewaktu proses bacaan yang
seterusnya.
Peribahasa Membaca jambatan ilmu
Penegasan Jelaslah bahawa amalan membaca mampu meningkatkan penguasaan kosa kata
dan bahasa seseorang murid.
Isi 2:
Topik Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan sedia ada
Mengapa Pemahaman dan pengetahuan sedia ada mampu ditingkatkan melalui amalan
membaca pelbagai bahan bacaan – pelbagai maklumat diperoleh
Bagaimana Murid membaca pelbagai jenis bahan – maklumat diperoleh daripada bahan
sedia ada bertambah – pengayaan pengetahuan yang menjadikan pemahaman
bertambah
Akibat Murid berkenaan mahir dan arif berkaitan topik yang dibincangkan – mampu
menghuraikan maklumat – melakukan analisis
Peribahasa Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan
Penegasan Secara umumnya, budaya membaca mampu meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan seseorang murid dalam sesuatu perkara.
Isi 3:
Topik Meningkatkan pencapaian akademik dan mata pelajaran
Mengapa Membaca mampu menambahkan pengetahuan murid dalam sesuatu mata
pelajaran – meningkatkan pemahaman selepas sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc)
Bagaimana Murid lebih faham apabila mereka membaca sebelum dan selepas sesi
pembelajaran sesuatu subjek di kelas – persediaan sebelum peperiksaan –
mengingati maklumat yang pernah dipelajari kembali
Akibat Pencapaian dalam peperiksaan meningkat – diri lebih bersedia dan lebih yakin
apabila menjawab soalan peperiksaan
Peribahasa –
Penegasan Sememangnya amalan membaca merupakan salah satu persediaan menghadapi
peperiksaan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 92
2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd 92 30/11/2022 12:14 PM

