Page 27 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 27
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Penulisan
Supaya Supaya Malaysia menjadi sebuah negara contoh – produktiviti meningkat –
menguntungkan negara
Peribahasa Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Kesan Rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat akan melahirkan generasi
yang sihat yang mampu memacu Malaysia menjadi negara yang sejahtera.
Praktis 2 Tema 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita
Domain Peribadi
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.
Amalan membaca ialah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia
lebih berdaya maju serta matang dari segi pemikiran. Kemajuan negara dan ketamadunan
bangsa dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir
daripada amalan membaca.
Sumber: Motac.Gov.My
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan budaya membaca dan manfaat yang
diperoleh daripada amalan budaya membaca. Sebagai maklum balas kepada kenyataan petikan di
atas, anda dikehendaki menulis sebuah rencana berkaitan kepentingan amalan membaca kepada
seseorang murid.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Pendahuluan:
Isu Soal selidik yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara mendapati rakyat
Malaysia masih belum mencapai kadar purata bilangan bacaan yang sepatutnya.
Kesan Jika dibandingkan dengan negara maju yang lain, Malaysia masih jauh ketinggalan
dan hal ini membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan.
Tindakan Pelbagai program dan usaha telah dilaksanakan terutama di sekolah-sekolah
bagi membudayakan amalan ini.
Hasil Walau bagaimanapun, usaha murni ini masih belum mendapat maklum balas
Tindakan yang positif terutama kepada murid-murid. Budaya ini memberi pelbagai
manfaat kepada murid.
Soalan Terdapat pelbagai kebaikan / kepentingan amalan membaca kepada murid-
murid di sekolah.
91 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd 91 30/11/2022 12:14 PM

