Page 11 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 11
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
MARKAH
6
LATIHAN 4
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti pola ayat dasar sama FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN+FSN
bagi empat ayat yang anda pilih.
Tatkala matahari terbit di ufuk timur, waktu itulah kami berlima tiba di Lapangan Terbang Sultan
Iskandar Muda, Aceh. Kami disambut mesra oleh senyuman pemuda penuh budi pekerti, Fauzan. Dia
pemandu kami ketika di Banda Aceh. Kami dengan penuh teruja langsung menuju ke Benteng Jepang
Anoi Itam dengan membonceng skuter. Kami asyik dibuai keindahan persekitaran kawasan sejarah
tersebut sehingga tidak sedar bahawa siang hampir melabuhkan tirai.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengembaraan Cendekiawan di Aceh’
oleh Ku Siti Aminah Ku Mat, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017
MARKAH
6
LATIHAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Kegiatan merokok dan “vape” semakin meningkat dalam kalangan remaja di negara ini. Kegilaan
remaja terhadap aktiviti menghisap rokok dan “vape” amat ketara termasuklah dalam kalangan remaja.
Tabiat ini perlu dihentikan untuk melahirkan golongan belia yang tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak
berfaedah serta dapat menjejaskan kesihatan. Tabiat merokok juga sering dikaitkan dengan gejala sosial
seperti pergaulan bebas, melepak, dan ponteng sekolah. Aktiviti merokok mendedahkan remaja terhadap
masalah penagihan dadah.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Hentikan Kegiatan Merokok dan “Vape”’
oleh Safwah Batrisyia Azhar, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 30 4/1/21 9:11 AM

