Page 9 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 9

Bahasa Melayu  Ting. 4  Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

                                                                                          MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 1
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada ayat cakap pindah
           tanpa mengubah maksud asalnya.


                  “Novel remaja,” nada Maya merendah. Dia membelek-belek buku tersebut. Kemudian, dia membaca
              blurb pada kulit belakang buku.
                  “Apakah pandangan kau?” Aku pula bertanya. Kelihatannya dia seperti berminat dengan buku yang
              kulitnya berwarna oren kemerah-merahan itu.
                  “Novel remaja  ada judul cinta?  Cerita  cintakah  ini?”  Maya teruja. Soalannya daripada  sepatah

              meleret kepada lebih spesifik.
                  “Cinta itu bukankah luas maknanya? Mana boleh nilai cerita dengan hanya membaca judul sahaja?”,
              aku teruja membalas katanya.

                                      Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Yang Terjalin’ oleh Hasni Jamali,
                                                                            Pelita Bahasa, Bil. 10, 2018























                                                                                          MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 2
           Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
           betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.


                  Usaha untuk membentuk pemikiran yang sihat seharusnya dipupuk dan diterapkan kepada remaja
              sejak seawal usia kanak-kanak lagi. Proses pembentukan  pemikiran  yang baik pada awal usia kanak-
              kanak dikatakan lebih berkesan kerana mudah untuk dilentur dan diasuh. Di Jepun, misalnya, kanak-
              kanak dididik dari awal untuk mematuhi segala peraturan yang ada di negara tersebut dan menghormati
              adat budaya tempatan. Kanak-kanak di Jepun diasuh dengan penuh berdisiplin untuk mengenal erti sabar,
              budi pekerti dan hormat-menghormati.
                    Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Ayuh, Kita Terapkan Daya Pemikiran Positif Bersama-sama!’
                                                    oleh Muhammad Lutfi Zahid, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              28






      03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd   28                                                        4/1/21   9:11 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14