Page 12 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 12

Bahasa Melayu  Ting. 4  Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa






























               C Penyuntingan

               Panduan Menjawab Soalan Penyuntingan

             1.  Baca arahan soalan dengan teliti.
             2.  Kemudian, baca setiap ayat dalam petikan dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan bahasa sama ada
                 dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Kemudian,
                 garisi kesalahan tersebut.
             3.  Selain itu, kenal pasti kesalahan tatabahasa sama ada dari aspek frasa atau struktur ayat dan garisi kesalahan
                 tersebut.
             4.  Tulis kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan.
                                                                                             MARKAH
                                                                                                    11
             LATIHAN 1
             Dalam petikan 1, terdapat  enam kesalahan  bahasa manakala petikan 2 terdapat  lima kesalahan  bahasa.
             Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
             daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
             tersebut.
             Petikan 1




                     Pada peringkat nasional, ajenda pembangunan yang melibatkan belia perlu didokong oleh tenaga
                sukarelawan khususnya, tenaga sukarelawan yang melibatkan  remaja Malaysia. Hal ini dikatakan
                demikian kerana, usaha atau pembangunan aktiviti yang melibatkan belia biasanya diperlukan sejumlah
                besar tenaga sukarelawan bagi menjayakan  dasar dan aktiviti  yang di rancang. Dalam hal ini, tenaga
                sukarelawan belia diperlukan untuk menggerakkan aktiviti belia yang mempunyai bilangan yang cukup
                banyak yang melibatkan berbagai peringkat di segenap pelusuk tanah air.





                                                          31                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






      03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd   31                                                        4/1/21   9:11 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17