Page 19 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 19
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
MARKAH
6
LATIHAN 1
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan
perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari
datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada
aku lihat ini?”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
MARKAH
6
LATIHAN 2
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita
hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu?
Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala
anak bininya orang Melaka itu dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melayu dan
Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 38 4/1/21 9:11 AM

