Page 23 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 23

Bahasa Melayu  Ting. 4  Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

                                                                                          MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 1
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
           petikan tersebut.


                  Najwa  merupakan  seorang  pelajar  jurusan  kejuruteraan  di  sebuah  universiti  awam  di  selatan
              tanah air. Dia seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam melakukan segala tugasan kerana dia
              akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Sikap Najwa ini menyebabkan  kawan-kawan dan
              pensyarahnya suka akan Najwa. Pada hujung minggu, Najwa bekerja sambilan di sebuah pusat komputer
              berdekatan dengan tempat pengajiannya bagi menampung perbelanjaannya di universiti. Najwa juga tidak
              boros ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana, kesusahan hidup keluarganya di kampung membuatkan
              Najwa sedar bahawa dia harus berbelanja mengikut kemampuan diri. Najwa juga sedar bahawa jika dia
              malas berusaha, sudah pasti dia akan mendapat kesusahan.



           (i)


           (ii)

           (iii)



                                                                                          MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 2
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
           petikan tersebut.


                  Datin Leha sentiasa mempunyai cita rasa yang tinggi. Beliau gemar membeli perabot dan perkakasan
              rumah yang berkualiti  walaupun harganya mahal. Datin Leha berpandangan bahawa barangan yang
              berkualiti tahan lama mengikut kesesuaian harga. Namun demikian, suaminya, Datuk Johar tidak suka
              akan sikap isterinya dan sering merungut kerana Datin Leha berbelanja  tidak mengikut kemampuan
              diri. Sungguhpun begitu, Datuk Johar sentiasa menurut sahaja kehendak isterinya walaupun beliau tidak
              bersetuju.  Datuk Johar hanya mendiamkan  diri dan tidak  menegur  sikap isterinya  kerana  takut  akan
              menyebabkan pertengkaran.




           (i)


           (ii)

           (iii)





           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              42






      03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd   42                                                        4/1/21   9:12 AM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28