Page 22 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 22
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
MARKAH
6
LATIHAN 6
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik
habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.”
Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam
berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
E Peribahasa
Panduan Menjawab Soalan Peribahasa
1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Bagi menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan bahawa anda
mengetahui maksud peribahasa tersebut agar jawapan anda tidak menyeleweng.
3. Bagi soalan lengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang diberikan sebelum
menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan tersebut.
4. Bagi soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahami situasi dalam
petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.
5. Baca buku dan layari laman web untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan maksud setiap peribahasa
tersebut.
6. Soalan peribahasa berdasarkan pelbagai bentuk seperti menyatakan peribahasa dalam petikan, perbualan,
gambar, situasi, ilustrasi, dan sebagainya.
7. Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.
8. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.
9. Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.
41 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 41 4/1/21 9:11 AM

