Page 24 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 24
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
MARKAH
6
LATIHAN 3
Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
Daris : Hai, termenung jauh nampak! Mengapa?
Afnan : Tengok ni. Radio ni baru saya beli dua hari lepas. Sudah rosak. Menyesal betul saya beli.
Daris : Berapakah harganya, Afnan?
Afnan : Murah saja. Tak sampai RM20.
Daris : Hmm. Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal. Barangan
yang berkualiti boleh tahan lama walaupun harganya mahal.
Afnan : Senang kamu cakap. Tapi saya tidak ada banyak duit.
Daris : Saya faham, Afnan. Sekiranya kita mula kumpul duit lama-kelamaan nanti akan jadi banyak.
Afnan : Yalah. Betul juga cakap kamu. Kalaulah dari dulu saya ada tabiat menabung, tentu sekarang
sudah banyak duit saya.
(i)
(ii)
(iii)
MARKAH
4
LATIHAN 4
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Perkahwinan Julia dan Norman yang diadakan baru-baru ini menjadi buah mulut tetamu yang hadir.
Pasangan Julia dan Norman yang secocok bagai pinang dibelah dua menarik perhatian tetamu yang hadir
ke majlis perkahwinan tersebut. Dalam majlis itu, hubungan keakraban kedua-dua keluarga pengantin lelaki
dan perempuan jelas terpancar seperti isi dengan kuku. Tetamu yang hadir turut memuji tuan rumah kerana
memilih pakej katering yang terbaik. Pakej katering tersebut menyajikan makanan yang sedap dan para
pekerjanya melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh bak kata pepatah mati-mati mandi biar basah.
(i)
(ii)
43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 43 4/1/21 9:12 AM

