Page 25 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 25

Bahasa Melayu  Ting. 4  Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

                                                                                          MARKAH
                                                                                                  4
           LATIHAN 5
           Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
           peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.



              Mak Ngah  :   Apalah hendak jadi dengan kamu, Dolah. Apa-apa yang mak cakap kamu tak mahu dengar.
                        Sia-sia mak cakap seperti mencurah air ke daun keladi.
              Dolah    :   Alah, mak ni. Asyik beri nasihat sahaja. Bosanlah saya, mak. Keadaan saya pun sekarang
                        tidak tentu seperti telur di hujung tanduk.
              Mak Ngah  :   Itulah dari dulu mak dah cakap jangan bercampur dengan budak-budak tu. Jangan mencari
                        pasal  dengan  Tauke Lim  bak kata  pepatah  sarang tebuan  jangan  dijolok.  Tapi  kamu  tak
                        dengar. Sekarang tengok akibatnya.
              Dolah    :  Saya baru menyesal, mak. Apatah daya saya... nasi sudah menjadi bubur.



           (i)





           (ii)







                                                                                          MARKAH
                                                                                                  4
           LATIHAN 6
           Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
           peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.


              Ravin baru pulang ke tanah air dari luar negara setelah menamatkan pengajian dalam bidang perundangan,
              bak kata pepatah sirih pulang ke gagang. Kedua-dua ibu bapa Ravin sangat gembira kerana Ravin belajar
              dengan bersungguh-sungguh dan berjaya  menamatkan  pengajian,  alang-alang  menyeluk  pekasam  biar
              sampai ke pangkal lengan. Bapa Ravi sangat teruja kerana Ravin berjaya menjadi seorang peguam seperti
              dirinya, bak kata pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.



           (i)




           (ii)






           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              44






      03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd   44                                                        4/1/21   9:12 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28