Page 6 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 6
RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
1. Sistem fertigasi merupakan salah satu cara penanaman yang semakin popular secara
kecil-kecilan ataupun komersial.
2. Elemen penting dalam reka bentuk sistem fertigasi:
• Kemudahan tapak penanaman seperti sumber air dan bekalan elektrik
• Jenis tanaman yang ditanam • Kos pembinaan
• Iklim • Keluasan tanah 1
5.1.1 Definisi Sistem Fertigasi
1. Fertigasi atau feritigation berasal dari perkataan fertilizer dan irrigation.
2. Fertigasi adalah proses pembajaan dan pengairan diberi secara serentak kepada
tanaman.
3. Sistem fertigasi adalah satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.
4. Sistem fertigasi merupakan salah satu cabang sistem hidroponik yang antara lain
terdiri daripada sistem titis mikro.
5. Sistem fertigasi merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah. Media tanaman
seperti coco peat atau sekam padi digunakan bagi menggantikan fungsi tanah.
6. Sistem fertigasi memerlukan cahaya matahari bagi tujuan proses fotosintesis.
Sistem hidroponik
1. Hidroponik berasal dari perkataan hydro yang bererti air dan ponik yang bermaksud
kerja.
2. Tujuan hidroponik adalah satu kaedah penanaman dengan menggunakan air sebagai
media tanaman yang kaya dengan pelbagai nutrien.
3. Dengan sistem hidroponik dapat meningkatkan hasil tanaman di samping tidak perlu
kawasan yang luas.
Jadual 5.1 Sistem hidroponik
Sistem hidroponik Penerangan
Teknik pengaliran titis (teknik agregat) • Sistem titis ini paling popular
kerana bekalan air dan campuran
baja disalur terus ke akar tanaman
pada masa yang ditetapkan melalui
pen penitis/pita titis.
• Pen penitis menyalurkan air melalui
tiub mikro yang disambung ke
polibeg.
PB 55

