Page 8 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 8
RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Sistem hidroponik Penerangan
Teknik pasang surut • Satu pam dibenam ke dalam larutan
baja yang dihubung ke alat pengatur
masa.
• Apabila alat pengatur masa
dihidupkan, larutan baja akan dipam
ke tanaman dan surut ke bawah serta
masuk kembali dalam takungan.
• Teknik ini membolehkan tanaman 1
mendapat bekalan nutrien, air, dan
oksigen secara berkala.
Tujuan menanam secara fertigasi
1. Tujuan penanaman secara fertigasi:
• Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman.
• Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman.
• Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat.
2. Sistem fertigasi sesuai digunakan untuk tanaman tomato, timun Jepun, cili merah,
terung, dan strawberi.
Kelebihan sistem fertigasi
1. Kebaikan menanam secara fertigasi:
• Penggunaan baja secara cekap. Kadar penyerapan baja mencapai 85% berbanding
dengan kaedah tabur hanya 30%.
• Pembajaan atau pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak
tanaman.
• Media tanaman dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindari masalah
penyakit.
• Meningkatkan hasil tanaman.
• Masalah merumpai yang rendah.
• Dapat mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan
perosak tanaman.
• Kos operasi dan pengurusan dapat dikurangkan.
• Menjimatkan penggunaan air iaitu air terus diserap oleh akar tanaman.
Kaedah penanaman fertigasi di Malaysia
1. Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH):
• SPH adalah struktur bumbung yang melindungi tumbuhan daripada hujan lebat
dan pancaran cahaya matahari yang terik.
• Bumbung SPH biasanya diperbuat daripada bahan plastik yang mempunyai lapisan
perlindungan ultraviolet (UV) dan rangkanya diperbuat daripada batang atau paip
besi, kayu, plastik atau bahan-bahan yang kukuh.
• Saiz SPH berbeza mengikut kesesuaian tapak penanaman dan kos.
• Jika jaring kalis serangga dipasang sebagai dinding, SPH akan lebih berkesan
bagi mengawal serangan serangga perosak.
56 57

